CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, August 2, 2010

PT Pertama CCWT Sem I 10/11


      Opening CCWT telah berlangsung pada 31 Julai 2010 bersamaan pada tarikh Hari Pahlawan. Segalanya berjalan dengan baik bermula dengan PT pagi seawal jam 0630 walaupun ada yang masih lewat untuk menepati masa tetapi ianya adalah lebih baik daripada anggota-anggota yang tidak hadir langsung tanpa alasan yang munasabah. Secara lazimnya dalam askar, kebajikan terbaik bagi anggota adalah hukuman dan denda, bukan diberi sekadar hanya untuk suka-suka tetapi dalam jangka masa panjang ia dapat membentuk sikap dan peribadi seseorang itu sendiri seperti berdisplin, menepati masa, mematuhi arahan, dan menjadi model terbaik kepada anggota-anggota junior CCWT 1061 serta membina kekuatan fizikal setiap anggota. 
    
Semoga segala denda yang diberi oleh para jurulatih dilihat secara positif oleh anggota dan mereka harus memperbaikinya daripada masa ke semasa. Antara kesalahan yang ditegur oleh para jurulatih ialah seperti tidak menepati masa, berambut panjang, berjanggut, pakaian tidak kemas, stokin berwarna selain daripada putih semasa sesi PT, serta kehadiran yang tidak memberangsangkan. 
Kecewa dengan kehadiran yang tidak memberangsangkan terutama semasa sesi PT, Suatu mesyuarat telah diadakan oleh para jurulatih dan mereka telah bersetuju untuk mengambil 3 kali kehadiran anggota iaitu pada Baris Pagi Rabu, Sesi PT dan Semasa Kelas Teori/Praktikal pada hari Sabtu. Jadi anggota yang tidak dapat hadir harus mempunyai alasan kukuh dan menghantar surat kepada jurulatih masing-masing sebagai excuse untuk tidak ponteng/menuang dalam latihan terutama sesi PT. 



      
Bagi anggota CCWT 1061, ini adalah PT pertama mereka bersama para senior dan diharapkan mereka tidak lemah semangat setelah menjalani latihan tersebut. Para jurulatih juga harus bijak menjadikan sesi PT ini supaya tidak membosankan dan meletihkan dengan tidak menjadi terlalu tegas semasa sesi PT dijalankan sebaliknya anggota-anggota seharusnya ceria agar mereka tidak cepat letih daripada segi mental. 

    
Pada Sesi PT dan Opening Kelas CCWT Sem I 2010/2011, anggota daripada non-UIA iaitu 6177076 Pbt Muhd Salman B Ghulam Rasul telah turut hadir kerana beliau berminat untuk berjumpa kembali dan menjalani latihan PT bersama skuad-skuad beliau iaitu daripada Kursus Asas Perajurit Muda(KAPM) Siri 2/ 2008 di UIAM. Beliau berasa gembira kerana dapat hadir dan merasakan seperti di dalam majlis Reunion setelah dapat berjumpa dengan skuad daripada platun beliau. Menurut beliau, Sesi PT pagi tersebut agak lasak tetapi beliau masih boleh terus mengikuti sehingga tamat sesi tersebut kerana beliau sedang berlatih untuk sebuah larian Jogathon pada awal bulan Ogos nanti. Skuad-skuad beliau juga merasa terkejut dan gembira dengan kehadiran beliau pada hari tersebut setelah sekian lama tidak ketemu .

    
Selain itu, turut hadir pada hari Sabtu tersebut ialah Ex-Skill Pbt Muhaimin merangkap Presiden Kelab Nadi@watan,  VP II Kelab, Pbt Nur Syahirah, Pbt Omar dan Pbt Zainoni serta anggota non-skill yang disegani iaitu Pbt Umar yang sentiasa bersama memberi sokongan dalam aktiviti-aktiviti yang melibat anggota-anggota kelas Skill CCWT. Terima kasih atas sokongan beliau daripada segi tenaga, ilmu dan tunjuk ajar serta gambar-gambar yang diambil dalam aktiviti-aktiviti wataniah sebagai kenangan dan kegunaan daripada segi promosi kelab Nadi@watan pada masa akan datang supaya dapat menarik minta lebih ramai pelajar-pelajar UIAM untuk menyertai Askar Wataniah.



Anggota-anggota yang didapati berambut panjang 
telah menerima khidmat mesin rambut percuma 
daripada para jurulatih



PELATIH DENGAN MODEL RAMBUT TERBAIK


Pbt Saiful dipuji kerana menunjukkan model terbaik rambut
yang harus dicontohi oleh anggota CCWT.








2 comments:

Lima Tango

Firstly, thanks a lot for this article. As a assistant trainer I felt that the first PT was probably a bit boring because the silence of the songs in which can raise the spirit of members during the training. And also, I think the lack of explanation for the movement of each modules in PT e.g. why we need to do "front support position", "sitt-up", "squad jump" and etc.. excuse me personally to say here that I have influenced the trainees because I used to and would rather do this training without the songs. In syaa Allah, I will change it according to common interests.

Nadiwatan

tmer kasih kerna response kpl, saya personally bukan request drp para jurulatih ttg nyanyian..nway saya sendiri pun xgemar dengan sebuah lirik lagu... muka cantik bertukar menjadi setan...
just kita ceria dalam melakukan PT..

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)