CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 22, 2010

Photo post "Cabaran Watadance Disahut Anggota Pranita Pula di SAA"

"Giliran Kami Pula"



Pbt Umar memerhati anggota pranita berlatih dan beliau berasa kagum
dengan inisiatif mereka walaupun rasa bimbang menyelubungi diri
disebabkan latihan Watadance ini dibawah tanggungjawab beliau.
NA teringat satu quote nie,
“A good leader inspires people to have confidence in the leader, 
a great leader inspires people to have confidence in themselves”




Syura CCWT 1061 yang telah mahir dalam pergerakan watadance
juga membantu Pbt Fuzah melatih skuad-skuad 1061 yang lain memantapkan
lagi pergerakan watadance masing-masing. NA berasa kagum kerana
beliau mampu berdiri didepan dengan berkeyakinan.. Syabas!



Pbt Jamilah, Pbt Huda dan Pbt Ika daripada senior rank CCWT 3062
turun memantau dan melatih anggota CCWT 1061 dan 1062 berlatih. Pbt Huda
dengan baju kurungnya pun nak ber"watadance" gak ke?? aigoo.. hohaha~~

Pbt Umar membuat demonstrasi berkenaan kekuatan dalaman jika
kita menumpukan sepenuh perhatian/fokus dalam melakukan sesuatu,
kita mampu buat lebih daripada apa yang kita sangka yang terdaya
dilakukan. Pbt Umar menasihatkan mana-mana anggota yang berlatih supaya
kurangkan ketawa semasa berlatih kerana fokus akan berkurang.

Pbt Jamilah telah turun kali kedua latihan MAFinACT '10
pada waktu malam sambil berharap anggota-anggota Watadance tidak
lemah semangat dan berkeyakinan dengan apa yang dilakukan..
Untuk mendapat keyakinan orang lain iaitu para penonton, kita
perlu mendapatkan keyakinan daripada dalam diri sendiri terlebih dahulu..
Daripada NA, AjaJA FigHtin!! =)

Apa kata Pbt Jamilah selepas 

melihat latihan bersama anggota 

Watadance lelaki semalam??




1 comments:

Siti Nurhuda Husna

Erk? Ala, tak sempat nak tukar. Hehe. Takpe sekali sekala wata dance pakai baju kurung~

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)