CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 21, 2010

Blog-Entry : "Perbarisan Jubli Emas Wataniah"

Catatan Perbarisan Jubli Emas Wataniah - PUSASDA



Latihan kem tahunan tahun 2008 ini rasanya berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, di mana 3 latihan berbeza dijalankan pada masa yang hampir sama - latihan kem tahunan (kem Jln Ampang), Perbarisan Jubli Emas AW (Pusasda, Port Dickson) dan Ex-Haringgaroo bersama Tentera Australia(Pahang). Sebagai seorang yang bertanggungjawab dengan tugas-tugas berkaitan latihan kem, saya dan Arham sejujurnya agak pening dan tak menang tangan memandangkan banyak perubahan yang dilakukan terutama pada saat-saat akhir..Terima kasih yang tidak terhingga daripada kami kpd L/kpl Sozana, biro IT- Bsek dan Saiful Din(sekarang berpangkat L/kpl) serta individu-individu lain yang banyak membantu melicinkan tugas kami dalam menyampaikan informasi dan menyelenggara anggota-anggota untuk latihan kem tahunan ini..SYUKRAN JAZILAN!!

Disebabkan saya merupakan salah seorang anggota yang terlibat untuk Perbarisan Jubli Emas, jadi lebih elok kiranya saya mengulas dan berkongsi serba sedikit pengalaman mengenai perbarisan yang hanya berlangsung untuk 50 tahun sekali ini!!

Setelah beberapa kali bermesyuarat, akhirnya pihak cawangan latih diketuai Mej Saberi(sekarang Lt Kol Abdullah Ibrahim) sebulat suara memilih seramai 15 orang anggota pranita dari UIA dan 25 orang anggota lelaki dari IPTKL untuk mewakili rejimen. Hanya prebet Mokhtar satu-satunya anggota lelaki dari UIA.

Seperti peserta latihan kem tahunan yang lain, team kawad juga melapor diri di kem pada 12 November 2008. Bezanya, kami diberi kelonggaran daripada menyertai aktiviti-aktiviti kem tahunan untuk membolehkan kami membuat persiapan untuk perbarisan seperti menyadiakan pack, pochers, helmet dan pakaian. Disebabkan wakil dari IPT melapor lewat 2 hari, kami seramai 16 orang bergotong-royong untuk menyiapkan kelengkapan untuk semua anggota perbarisan. Sebelum bertolak ke PD, kami juga menjalani latihan kawad senjata di bawah RSM Rejimen 515 yang baru, Cik Bahadin. Bertuah rasanya diberi peluang untuk menjadi kumpulan pertama yang “merasmikan” padang kawad di kem yang baru.

Tiba hari yang dinantikan iaitu pada tanggal 15 November, seramai 43 orang anggota kawad dari Rejimen 515 termasuk RSM, Cik Azhar, Kpt Nasran (ketua detachment) dan Lt M Hasbullah (sebaltan) bertolak ke PD pada jam 8 pagi. Turut serta dalam rombongan ini adalah Lt M Hafiza(sekarang berpangkat LT) yang bertindak sebagai pegawai tadbir, Cik Bahadin (jurulatih), Cik Alias (kuartermaster), Sjn Rozi, Sjn Azlan,Kpl Lamin (jurulatih) dan beberapa staf lain. Anggota pranita ditempatkan di perumahan kelamin anggota tentera di Batu Lima, manakala anggota lelaki boleh dikatakan lebih bertuah kerana ditempatkan di IPDA. Lt M Hasbullah dan Kapt Nasran pula ditempatkan di ANNEX, bersebelahan Tanah Perkuburan RAMD.

Kami hanya memulakan latihan kawad penyatuan bersama anggota dari rejimen lain pada hari berikutnya. Kecut juga perut bila mana melihatkan ramai anggota AW yang datang dari seluruh pelusuk negara. Difahamkan, semua rejimen terlibat dalam perbarisan bersejarah ini kecuali rejiman dari Sabah dan Sarawak. Mengikut perancangan awal, Rejimen 515 akan digabungkan dengan Rejimen 502 (Shah Alam) untuk membentuk satu detachment tetapi mungkin disebababkan beberapa mslh yang tak dapat dielakkan, kami akhirnya terpaksa berpecah kepada 8 detachment-6 detachment lelaki, 2 detachment pranita. Secara peribadi, memang terdapat beberapa masalah apabila terpaksa bergabung dengan rejimen lain dalam satu detachment terutama kerjasama dan masalah2 disiplin yang lain. Tetapi, disebabkan semangat kami yang tinggi untuk membuat yang terbaik untuk perbarisan ini, kami terpaksa mengenepikan segala masalah tersebut dan cekalkan hati sepanjang sesi latihan. Memandangkan anggota yang terlibat adalah ramai, berbagai ragam dapat dilihat. Ada sahaja yang menjadi bahan teguran para jurulatih tapi ia sedikit pun tidak melunturkan semangat kami, malah saya rasa bersyukur kerana banyak ilmu baru yang diperoleh selain dapat menguji ketahanan mental sendiri=)

Latihan kami bermula seawal jam 0800 dan berakhir pada kira-kira jam 1700 setiap hari dan berhenti rehat sesekali. Memandangkan anggota pranita seramai 15 orang, maka kami terpaksa bergilir2 mandi seawal jam 0330 setiap hari kerana kami perlu siap untuk mengambil senjata di PUSASDA pada jam 0600..Alhamdulillah,kerana kesusahan dan kepayahan yang dialui seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan sesama kami.. maklumlah,rekrut lain2

Pada hari kedua latihan kawad, RSM TD datang untuk meninjau perjalanan latihan kami. Sehari sebelum raptai penuh, TK Rejimen 515, Lt Kol Alias b Abu Bakar meluangkan masa melawat penginapan anggota pranita. Beliau amat berbangga dengan semangat dan dispilin yang ditunjukkan oleh kami..Pada hari raptai penuh, Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan- Brig Jen Dato Fazlur Rahman dan Tk- Lt Kol Hashim sangat berpuas hati dan memuji persembahan kawad yang dipertontonkan. Malangnya, pada latihan terakhir pada keesokannya, kami seakan mempunyai masalah kerana mutu kawad kami tiba-tiba menurun, tidak seperti hari sebelumnya. Hal ini merisaukan semua pihak terutama RSM TD dan TK. Pada sebelah malamnya, diadakan majlis tahlil sempena HUT Jubli Emas AW. Dalam doa, kami berharap agar segalanya dapat berjalan lancar seperti yang dirancang..

Tiba hari sebenar, kami semua memberikan persembahan yang terbaik yang mampu kami lakukan. Tepukan gemuruh yang diterima dari penonton sebaik perbarisan masuk padang menguatkan semangat kami untuk berdiri tegak, berbaris segak, menghayun tangan, melangkah gagah, mengikut rentak platun tambur Kor Amor Diraja. Pujian tinggi dari pelbagai pihak terutama TPTD merupakan satu penghargaan yang tidak ternilai kepada kami. Menurut beliau, perbarisan HUT AW ini lebih baik daripada perbarisan HUT Jubli Intan TD.Alhamdulillah..!!Rasanya segala penat lelah dan usaha kami selama ini amat berbaloi..Pada sebelah malamnya, kami menyertai jamuan makan malam bersama Asisten Panglima BPS. Kejutan berlaku pada malam tersebut apabila detachment kelima iaitu salah satu detachment pranita terpilih sebagai detachment terbaik perbarisan.TAHNIAH!!

Sebelum bergerak pulang pada keesokannya, kami singgah sebentar di pantai berdekatan. Selain untuk melepaskan lelah setelah seminggu berkawad, kami juga menyetai sukaneka yang dikelolakan oleh para jurulatih dan Lt M Hafiza(sekarang berpangkat LT).

Apa yang dapat dikatakan, perjalanan sepanjang perbarisan jubli emas AW ini adalah antara detik-detik terindah sepanjang penglibatan saya dalam AW ni..Percaya atau tidak, saya merupakan salah seorang yang terlibat dalam hari bersejarah ini..Terima kasih kepada semua team kawad kali ini di atas bantuan dan kata-kata semangat yang diberikan..

Di kesempatan ini juga, saya selaku assistant head of training mewakili head of training dan biro kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan dalam membantu melicinkan pentadbiran kami..Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan sepanjang kami menguruskan latihan dan memberi informasi kepada anda semua..diharapkan pentadbiran akan datang akan lebih cemerlang dalam memberikan yang terbaik kepada semua warga AW UIA..

Sekian, Terima Kasih..


Info:: Blog-Entry From: Pbt Siti Nur Asilah bt Basri
Sesiapa yang ingin menghantar entry seperti ini boleh berbuat demikian dengan menghantar ke nadi.watan@yahoo.com.. Thanks for your support!

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)