CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 1, 2010

Permodenan Dalam ATM Bermula


Hanya mereka yang miliki ijazah diterima jadi pegawai ATM

01/08/2010 7:05pm
Utusan Malaysia


KUALA LUMPUR 1 Ogos – Selaras dengan usaha permodenan Kementerian Pertahanan, mulai 1 September ini, kementerian itu akan hanya menerima permohonan daripada mereka yang mempunyai ijazah bagi jawatan pegawai dalam ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), iaitu darat, laut dan udara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ATM memerlukan pegawai yang mempunyai latar belakang akademik yang baik, terutama dalam bidang sains dan teknologi untuk mengendalikan peralatan memandangkan pasukan itu kini memulakan usaha memodenkan penggunaan peralatan tentera yang canggih dan berteknologi tinggi.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program merakyatkan seni budaya bersama orang kelainan upaya (OKU) sempena Bulan Kemerdekaan di sini hari ini, beliau berkata, selaras dengan peraturan baru itu, skim jawatan pegawai ATM juga akan disesuaikan berdasarkan dengan kelayakan akademik mereka.

Mereka yang memiliki ijazah itu juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah setelah berkhidmat dengan ATM berdasarkan jika mereka layak setelah menduduki peperiksaan yang ditentukan, tambahnya. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)