CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 7, 2012

OPENING CEREMONY

KERINGAT BAKTI TERUS DICURAH

Pada 25 Februari 2012 lalu, kelab Nadi@watan telah mengadakan Majlis Pembukaan (Opening Ceremony) bertempat di Mini Auditorium UIAM.

Sebelum itu, anggota-anggota baru Wataniah telah menjalani latihan fizikal yang dipimpin oleh Koperal Ahmad Firdaus dan dibantu oleh PK Dziaulhaq, PKW Aisyah, PKW Natasha dan PKW Noor Hafiza. Mereka telah diperkenalkan dengan 'PT Miskin' sebagai permulaan dalam menjalani kehidupan sebagai askar sukarelawan sebelum menempuh pelbagai lagi latihan rejimental yang mencabar.

Tepat jam 0930H, opening ceremony dimulakan dengan kata-kata aluan oleh penasihat kelab, Leftenan Wan Rizaila b. Wan Mamat Saufi. Anggota-anggota diberi taklimat ringkas tentang jadual latihan dan sukatan pelajaran yang akan dijalani sepanjang semester ini dan diikuti dengan tayangan multimedia yang merakamkan peristiwa, program dan kursus sepanjang semester lepas antaranya Kursus Asas Perajurit Muda (REKRUT), Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (KADAR) dan jamuan hari raya. Melihat anggota-anggota senior menjalani pelbagai latihan seperti latihan hutan, menembak dan kawad kaki, anggota-anggota baru berasa sangat teruja untuk memulakan latihan mereka, mencari kemanisan yang tidak dijanjikan dalam dunia baru askar sukarelawan ini.

Kemudian, upacara memotong kek oleh Tuan Wan Rizaila menandakan bermulanya latihan Wataniah Skill bagi semester 2 sesi 2011/2012. Semoga latihan-latihan rejimental yang akan ditempuhi pada semester ini bukan sahaja dapat meningkatkan jati diri dan membina semangat juang mereka untuk terus berbakti kepada negara, malah diaplikasikan juga dalam kehidupan seharian dengan penuh disiplin selari dengan kata keramat yang sentiasa membara dalam hati setiap anggota askar sukarelawan Wataniah 'Once a soldier, always a soldier'

Terima kasih juga diucapkan kepada anggota-anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) UIAM yang turut hadir bagi memeriahkan majlis.


post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)