CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 5, 2011

Kursus KADAR Bakal PTTR (S) Siri 1/2011

Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah Siri 1/2011

  Seramai 33 orang mahasiswa/wi UIAM telah berjaya menamatkan kursus KADAR dengan jayanya bermula dari 4 Julai 2011 hingga 2 Ogos 2011. Terdapat juga 3 orang penuntut dari RAJD dan 3 Individu. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kerana telah berjaya menamatkan kursus tersebut. Sepanjang sebulan menjalani kursus ini mereka telah mempelajari banyak perkara-perkara baru mengenai ilmu ketenteraan dan mendalami ilmu-ilmu yang sedia ada. Kursus ini telah dijalankan selama sebulan dimana selama tiga minggu semua latihan dijalankan di UIAM dan minggu yang keempat di Rejimen515.

Minggu pertama kursus penuntut-penuntut kadar terlibat dalam menjayakan majlis pelancaran askar wataniah yang diadakan di Rejimen515 AW. Selain itu mereka juga mempelajari pelajaran taktik, ilmu medan perang (IMP) dan lain-lain. Pada minggu kedua pula mereka menjalani latihan kawad serta ujian kawad. Mereka mempelajari kawad kaki, kawad senjata, kawad tongkat ordelli dan pengenalan kepada kawad setingkat.

 Pada minggu ketiga mereka menjalani tiga jenis ujian iaitu ujian mengajar, ujian pengendalian senjata dan ujian perintah. sebelum menjalani ujian-ujian tersebut mereka perlu menyiapkan lukisan senjata dan folio. sebelum menjalani latihan medan pada minggu keempat mereka telah membuat latihan jalan laju sejauh 11 km. Latihan medan dijalankan di sungai sendat selama lima hari. Antara latihan yang dilakukan sewaktu di medan ialah serang hendap, mara, serangan dan banyak lagi. Latihan terakhir ialah latihan menembak yang diadakan di lapang sasar Sungai Besi. Majlis penutup dan penyampaian sijil juga diadakan di lapang sasar. Setelah penat menembak mereka menghadiri malam akrab yang dibuat pada hari yang sama. Majlis berjalan dengan lancar sekali.

Tahniah kepada mereka yang dianugerahkan sebagai penuntut terbaik.
Penuntut Kawad Terbaik         : Pbt Muhammad Fatih bin Abdul Latiff
Penuntut Akademik Terbaik    : Pbt Nur Atiqah binti Jahari
Penuntut Penembak Terbaik   : Pbt Ali Karimi bin abdul Rahman
Penuntut Keseluruhan Terbaik: Pbt Anis Syakir bin Abu Bakar 
7 penuntut terbaik kursus Kadar siri 1/2011
Sebahagian gambar-gambar sepanjang kursus:

hari pelancaran askar wataniah
kelas IMP
jalan laju
latihan medan
latihan menembak
malam akrab








 

post signature

1 comments:

Omare

~Kenangan Terindah KM~ Thanks all^^

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)