CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 16, 2011

Perbarisan Bulanan Markas Tentera Darat

Perbarisan Bulanan Markas Tentera Darat Mei 2011


KUALA LUMPUR, 10 Mei 2011: Seramai 30 pegawai dan 400 anggota LLP menghadiri perbarisan bulanan Markas Tentera Darat (MK TD) bertempat di Padang Kawad Rejimen 515 Askar Wataniah (Rej 515 AW). Perbarisan bulanan ini hanya melibatkan pegawai dan anggota dari setiap BCJ MK TD.

Ketua Staf Markas Tentera Darat (KS MK TD), Mej Jen Dato’ Mazelan bin Kasap adalah Pegawai Tabik Hormat dan beliau seterusnya memeriksa perbarisan tersebut.

Dalam ucapannya, beliau menyeru agar setiap anggota menjaga stamina kerana sebagai anggota tentera, mereka perlu bersedia diaturgerak ke tempat latihan dan operasi.

Turut hadir dalam perbarisan ini adalah AKS Perisikan - Mej Jen Dato’ Hj Khlir bin Hj Mohd Nor, AKS CSM - Mej Jen Dato Mohd Zaki bin Hj Mokhtar, KPS - Brig Jen Ahmad Hadiatullah Maknun bin Hj Ridzuan, KP BPPTD - Brig Jen Tengku Ahmad Noor bin Tengku Chik, AKS P&P - Mej Jen Dato’ Hj Rohisha bin Yahaya, AP BPS - Brig Jen Dato’ Fazlurrahman bin Mohammad Irfan.

post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)