CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, May 16, 2011

Mahasiswa/wi UIAM Dianugerah Penuntut Terbaik Kursus APM

Suntikan Semangat Anggota Senior



18/4/2011 yang lalu, seramai 42 orang mahasiswa/wi daripada UIAM telah menyertai Kursus Asas Perajurit Muda (APM) Siri 1/2011 dan bergabung dengan 62 orang lagi penuntut daripada agensi-agensi seperti individu, JPA, SSD AW, SKD RAJD, BEK AW dan yang lain. Setelah 30 hari menjalani latihan asas ketenteraan, banyak perkara dan pengalaman baru yang mereka telah pelajari dan kini mereka telah tamat kursus dan akan kembali menjalani kehidupan sebagai orang awam dan juga mata-mata anggota keselamatan negara. Syabas kerana mereka telah berjaya mengharungi kursus tersebut dan dengan ini layak untuk menyarungkan baju celoreng(pakaian No. 5) selama 5 tahun dari sekarang sebelum Tarikh Tamat Perkhidmatan(TTP) mereka tamat dan perlu diperbaharui. Selama itu juga mereka berkelayakan untuk menyertai apa-apa aktiviti melibatkan Rejimen 515 Askar Wataniah untuk mendapatkan ilmu-ilmu yang lebih mendalam dan meningkatkan taraf karier dalam pasukan wataniah. 

Sebagai ahli-ahli baru dalam Kelab Nadi@watan terutamanya anggota-anggota nonskill, mereka diharapkan dapat melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kelab yang akan datang seperti event tahunan tidak lama lagi bersempena CONVEST dan juga meramaikan lagi kehadiran latihan tempatan yang akan bersambung pada bulan September 2011 ini. Kehadiran latihan tempatan siri 12 dan seterusnya [lihat jadual] di dalam kampus UIAM setiap sabtu dan ahad adalah berkelayakan mendapat elaun bagi mereka yang telahpun tamat kursus rekrut. Jadi diharapkan semangat mereka tidak terhenti setakat disini sahaja tetapi terus bersama Kelab Nadi@watan merancang atau menyertai program-program yang lebih menarik bagi memenuhi kehendak ahli-ahli kelab.



Minggu pertama kursus mereka didedahkan dengan latihan senjata dan seterusnya kawad kaki serta senjata, mempelajari pelajaran taktik, Ilmu Medan Perang(IMP) dan lain-lain. Pada minggu ketiga, mereka semua terlibat dalam latihan menembak peluru hidup di lapang sasar Sungai Besi menggunakan senjata Colt M16. Dalam acara menembak piring, PM Nasir, PM Solehuddin, PM Suhaimi dan skuad-skuad mereka berjaya ke peringkat akhir mengalahkan team demo dan juga team jurulatih. Tahniah kepada mereka yang walaubagaimanapun telah tumpas kepada team Mejar Hasril, Penolong Pegawai Memerintah Batalion Kedua R515AW selaku pegawai yang bertanggungjawab dalam kursus APM tersebut. Mereka kemudiannya telah ke medan untuk mempraktikkan ilmu-ilmu taktik dan IMP yang telah dipelajari dalam kelas dengan pengawasan para jurulatih kursus. Kami mendapat berita gembira bahawa tiga orang ahli Kelab Nadi@watan UIAM telah berjaya merangkul anugerah "The Top Academic Recruit", "The Top Marksman Recruit" dan The Top Drill Recruit". Sekalung tahniah bagi mereka perajurit muda(PM) masing-masing ialah:

"The Top Academic Recruit" - PM Solehuddin Sapari(skill), 
"The Top Marksman Recruit" - PM Fahmi Resali(non-skill) 
"The Top Drill Recruit" - PM Noraini Zainal Abidin(skill) 

kerana telah mempamerkan aksi-aksi terbaik dalam pemilihan dalam kategori-kategori tersebut sekaligus menarik perhatian para jurulatih kursus untuk memilih mereka sebagai "The Best Amongst The Best"

9 daripada 10 Mahasiswa/wi UIAM Terbaik Kadar R505AW 2008. 
Kesan daripada kejayaan ini ialah suntikan semangat kepada para senior mereka yang akan menyertai Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (KADAR) pada julai 2011 tidak lama lagi di R515AW bagi meningkatkan ilmu ketenteraan dan taraf karier dalam pasukan di mana persiapan sedang giat dilakukan pada waktu ini bagi menghasilkan persembahan yang terbaik sepanjang kursus berlangsung yang sudah tentu lebih mengerah keringat jika dibandingkan dengan kursus APM kerana seharusnya para penuntut KADAR telah wajib memiliki ilmu-ilmu asas dalam perkara-perkara seperti kawad, senjata, disiplin dan lain-lain prinsip asas ketenteraan.

Kepada ahli-ahli baru kelab, kami mewakili Presiden Kelab Nadi@watan, Pbt Elridzuan Elias mengucapkan "Salam Perkenalan" dan mengalu-alukan penyertaan anda semua dalam apa jua aktiviti kelab mahupun Rejimen 515 Askar Wataniah sepanjang tahun 2011 ini. Semoga penglibatan anda semua akan lebih memeriahkan lagi program terutamanya event tahunan yang akan tiba tidak lama lagi selepas event Malaysian Armed Forces in Action 2009 and 2010 (MAFinACT '09 & '10). Sebarang cadangan dan permasalahan yang berkaitan juga boleh disalurkan ke ahli-ahli jawatankuasa semasa kelab untuk tindakan lanjut kerana "Tugas Adalah Ketua"


     "Yang 2 Orang ini Kursus Asas Tukang Masak Siri 1/2011 katanya =P"


post signature

2 comments:

Pusat Kegiatan Guru (PKG) Endau

sper y create website ni ek?such a good effort to promote Wataniah IIUM..=)

TashaTroy

untuk pertandingan jatuh piring, ada lagi sorang selain PM Salahuddin, PM Nasir. iaitu PM Suhaimi Al-Hakimi.

-Nurul Natasha.

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)