CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 14, 2011

23 Pegawai Naik Pangkat

23 Pegawai Naik Pangkat


Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Mei – Seramai 23 pegawai kanan Tentera Darat hari ini dinaikkan pangkat kepada Mejar Jeneral, Brigedier Jeneral, Kolonel dan Leftenan Kolonel.

Brigedier Jeneral Datuk Fazlurrahman Mohammad Irfan merupakan pegawai kanan tunggal dinaikkan pangkat sebagai Mejar Jeneral diikuti dua pegawai kanan ke pangkat Brigedier Jeneral.

Mereka adalah Kolonel Ranjit Singh dan Kolonel Mustafa Abd. Manap manakala Leftenan Kolonel Muhammad Fuzi pula dinaikkan pangkat Kolonel.

Seramai 19 lagi pegawai berpangkat Mejar dinaikkan pangkat ke Leftenan Kolonel termasuk Muhammad Fuzi Taib, Robiai Muhamad, Othman Ahmat, Abdul Rashid Shahdan, Ishak Ismail dan Mat Noh Ngadiman.

Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin bertempat di Wisma Transit, Kementerian Pertahanan, di sini.

Dalam ucapannya, Zulkifeli menyeru semua pegawai kanan tersebut supaya melaksanakan tugas mereka dengan penuh jujur serta komitmen tinggi.

“Jangan bertindak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan dasar kerajaan kerana ia akan memudaratkan imej Tentera Darat dan keluarga anda semua,” ujarnya.

Beliau turut memesan kepada semua warga Tentera Darat yang hadir agar tidak menyalahgunakan kuasa mereka kerana perbuatan tersebut akan mengancam kredibiliti institusi ketenteraan di negara ini.

“Mereka yang berbuat demikian tidak akan terlepas daripada pemantauan saya. Dengan kepesatan sumber maklumat kini, segala aduan terhadap salah laku akan sampai kepada saya untuk disiasat,” tambahnya.

Sementara itu, Fazlurrahman berkata, kepercayaan yang diberikan itu akan digalas dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab oleh beliau dan semua pegawai kanan yang lain.

Beliau berjanji akan meneruskan kesinambungan perjuangan Tentera Darat sebagai pemacu kepada pertahanan negara seperti yang telah dilakukan oleh generasi sebelum ini.

“Saya mengucap terima kasih kepada para pemerintah yang telah banyak memberi bimbingan di samping keluarga yang banyak mendorong kejayaan kami,” katanya lagi.

Sumber: Utusan Malaysia Online
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)