CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, April 4, 2011

Tribute to 6194113 Pbt Umar Ismail

Inspirasi Beliau Membangunkan Kelab Nadi@watan



6194113 Pbt Umar Bin Ismail direkrutkan pada tahun 2008 sebagai seorang askar wataniah dari Rejimen 515 Askar Wataniah. Perjalanan hidup beliau di dalam kelab Nadi@watan bermula dengan penglibatan beliau sebagai ahli jawatankuasa kelab Nadi@watan bagi biro "Education and Tarbiyyah" sesi 2008/2009. Seterusnya beliau bergiat aktif dengan menjadi ahli jawatankuasa bagi biro "Training of Trainers" pada sesi 2009/2010. Melakukan bidang Accounting(BACC) di Kulliyyah of Economics and Management Sciences(KENMS)  di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), kini beliau telah pun menamatkan pengajian dengan jayanya. Walaupun demikian, beliau masih melibatkan diri dengan aktiviti kelab Nadi@watan walaupun dengan kesibukan beliau pada masa sekarang setelah bekerja. Beliau menyimpan cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara jika berpeluang dan melibatkan diri dengan Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (KADAR) sebagai peluang emas menaik tarafkan bidang kerjaya. 

Gambar oleh Pbt Umar Ismail.
Beliau dikenali ramai oleh rakan-rakan di UIAM kerana memiliki sifat ketokohan dan kepahlawanan dan sangat mencintai saudara-saudara seagama di bumi Palestin yang sering ditindas oleh musuh-musuh Islam daripada negara Israel terutamanya. Selain menjadi seorang perajurit, beliau juga giat menyertai kelab "martial art" di UIAM dan pernah menjadi Person-in-Charge(PIC) dalam melatih anggota askar wataniah UIAM melakukan aksi lompatan gelung berapi dan tempur tanpa senjata(TTS) dalam persiapan Malaysian Armed Forces in Action 2010(MAFinACT '10). Selain itu, beliau turut pernah melatih anggota-anggota lainnya dalam persembahan Watadance yang selalu dilakukan pada setiap tahun bersempena Convest ataupun minggu Co-cu. Sepanjang menggiatkan diri dengan kelab Nadi@watan, beliau telah banyak memberi inspirasi dan dorongan kepada anggota askar wataniah iaitu mahasiswa/wi UIAM agar membuka mata tentang penindasan yang berlaku dinegara-negara Islam, terutamanya bumi Palestin agar menyertai pasukan keselamatan negara dan menanamkan semangat cinta akan agama. Beliau juga selalu memperingati perajurit-perajurit agar mempunyai semangat JIHAD dan melakukan sesuatu kebaikan kerana ALLAH , Tuhan yang SATU. 


Kenangan semasa Ex-Haringgaroo Siri 61/2010.


Pada tahun 2010, Beliau pernah terlibat dengan Exercise Haringgaroo yang menyaksikan latihan bersama askar Malaysia dan askar Australia. Peluang tersebut diambil bagi meluaskan pengetahuan beliau sebagai seorang perajurit tanah air terutamanya berkenaan formasi mara dan serangan. Bagi anggota-anggota skill askar wataniah, beliau juga dikenali sebagai seorang "photographer" dan pernah terlibat dalam menjadi "combat photographer" semasa di Muzium Perang, Pulau Pinang dalam aksi peperangan "Paint War" antara sindiket-sindiket yang dibentuk. Pengalaman ditembak bertubi-tubi semasa menangkap gambar pastinya tidak dapat dilupakan kerana itulah juga tanggungjawab bagi seorang askar regular yang ditugaskan mendokumenkan peperangan atau operasi yang dijalankan anggota-anggota tetap semasa dimedan. Melalui keaktifan beliau menangkap gambar jugalah blog Nadi@watan UIAM ini semakin berkembang dan dikenali oleh komuniti UIAM keseluruhannya. Beliau mengimpikan untuk mendapatkan sayap iaitu menjadi salah seorang anggota payung terjun(PARA) wataniah. Banyak lagi sumbangan beliau jika dikaji dengan mendalamnya kerana beliau adalah seorang anggota non-skill yang turut telah menggalakkan penglibatan anggota-anggota non-skill wataniah UIAM untuk turut aktif dengan mana-mana aktiviti kelab Nadi@watan yang telah dirancang kerana skill ataupun non-skill kita memakai baju celoreng yang sama dan berjuang demi agama, bangsa dan negara bukan kerana kepentingan individu semata-mata. Diharapkan, beliau tetap terus bersama kelab Nadi@watan walau telah beranak-pinak sekalipun kerana inspirasi beliau amat diperlukan oleh mahasiswa dan mahasiswi UIAM pada hari ini.  




Photo Terbaru oleh Pbt Umar Ismail dibawah ini 
diambil semasa anggota skill wataniah UIAM 
menjalani Ex-Paya di Morib. 
Gambar oleh Pbt Umar Ismail.

                                                                      Terima Kasih Skuad,
                                                                                  
post signature

5 comments:

Helang Tanah Melayu

dalam seratus orang anggota sukarelawan amat sukar menjumpai hamba seperti ini

Nadiwatan

Setuju~ mungkin juga dalam 1000 ^^

Anonymous

Kursus KADAR adalah bermaksud Kursus Kadar Bakal Pegawai Tanpa Tauliah (PTT), bukanlah bermaksud Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah seperti yang tercatit di atas. Kursus Kadar Bakal PTT Rendah wajib diikuti oleh setiap Prebet tentera untuk menjadi seorang Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) Rendah dan naik ke pangkat Las Koperal. Perkataan 'Kadar' berasal dari terjemahan terus perkataan 'CADRE' dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud "a small group of trained people who form the basic unit of a military etc organisation" atau "satu kumpulan kecil anggota terlatih yang membentuk unit asas sesuatu pasukan tentera atau pertubuhan" dalam kamus Cambridge Advanced Learner's Dictionary.
Rujuk : http://dictionary.cambridge.org/dictionary/british/cadre
Nota : Pegawai Tanpa Tauliah (PTT) = Non-Commisioned Officer (NCO)

Nadiwatan

Terima Kasih kerana respon.. Sila baca nie untuk counter-argument...
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0531&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm

MELAKA 30 Mei - Kerajaan negeri memilih untuk mengekalkan Kem Rejimen 514 Askar Wataniah di Kem Bukit Beruang di sini sekali gus membatalkan hasrat untuk memindahkannya ke Sungai Putat seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kem seluas 1.5 hektar di Bukit Beruang itu juga akan dinaik taraf melibatkan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM20 juta.

Beliau yang juga Penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah negeri berkata, keputusan untuk memindahkan kem tersebut ke Sungai Putat sekiranya dilaksanakan, memerlukan perbelanjaan yang lebih besar berbanding menaik taraf kem sedia ada.

"Dulu memang kita mencadangkan Rejimen 514 Askar Wataniah di Kem Bukit Beruang dipindahkan ke kawasan baru di Sungai Putat kerana kawasannya yang lebih luas manakala Kem Bukit Beruang dibangunkan sebagai kawasan pelancongan.

"Tetapi kita lihat ada kesukaran untuk mendapatkan dua sumber kewangan iaitu satu untuk bina kem yang baru dan satu lagi untuk merobohkan kem sedia ada menjadi kawasan pelancongan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Disiplin Anggota Rendah (KADAR) Bakal Pengawai Tidak Tauliah (PTT) Siri 1/2011 di Rejimen 514 Askar Wataniah Kem Bukit Beruang, di sini hari ini.

Hadir sama, Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Razali Ahmad.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, antara kerja-kerja menaik taraf yang akan dilakukan di kem Bukit Beruang ialah menambah bilangan bangunan penginapan dan pentadbiran sedia ada yang boleh memuatkan 120 penginapan anggota Askar Wataniah sukarela.

Tambahnya, apabila siap dinaik taraf kelak, kem terbabit boleh memuatkan lebih ramai penuntut kursus sekali gus menambah bilangan 1,500 Askar Wataniah sukarela di seluruh negeri ketika ini.

Mohd. Ali pada Oktober lalu mengumumkan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pertahanan untuk memindahkan Rejimen 514 Askar Wataniah ke Sungai Putat yang mempunyai kawasan lima kali ganda lebih luas dari kem Bukit Beruang.

Pada majlis itu, seramai 69 Askar Wataniah terdiri daripada 45 lelaki dan 24 wanita menamatkan Kursus KADAR PTT yang diikuti selama sebulan bermula 2 Mei lalu.

Helang Tanah Melayu@L/kpl najib(ass. trainers)

Assalaamu'alaikum!
beliau adalah antara sahabat yang amat baik(setiakawan) dan seorang anggota yang beramanah serta berdedikasi sepanjang menjalankan tugas.
ku doakan kesejahteraanmu di bumi eropah UK!
"sebaik-baik khalifah ar-rasyidin dalam ketegasan ialah Umar Al-Khattob Radiyallahu 'anhu"

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)