CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 9, 2011

Askar Wataniah Membantu Polis Menangani Jenayah?

Polis Tidak Perlu Bantuan Askar Wataniah


KUALA LUMPUR 4 Ogos – Kadar jenayah di negara ini masih terkawal dan belum memerlukan bantuan daripada pasukan Askar Wataniah, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Beliau bagaimanapun akan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Katanya, polis tetap akan menjadi ‘pengatur’ kepada semua aktiviti operasi pencegahan jenayah pasukan sukarelawan tersebut.

‘‘Kalau benar kami memerlukan bantuan Askar Wataniah, saya akan berjumpa dan berbincang dengan Menteri Pertahanan berhubung hal ini.

‘‘Buat masa ini khidmat Rela dan Rukun Tetangga sudah cukup untuk membantu polis terutama dalam tugas rondaan cegah jenayah,’’ ujarnya.

Semalam Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Tan Chai Ho memberitahu, khidmat Askar Wataniah mungkin akan digunakan untuk membantu polis dalam menangani masalah jenayah di negara ini.

Menurut Tan, cadangan itu dibuat selepas mengambil kira permintaan daripada orang ramai dan masalah kekurangan anggota yang dihadapi oleh pihak polis.

Musa sebelum itu menyaksikan penyerahan gerabak kereta api lama Armoured Wickham Trolley daripada Keretapi Tanah Melayu (KTMB) kepada Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM), di sini hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia Online
 
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)