CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, March 24, 2011

TALK ON BATTLE OF AL-QADISIYYAH

Talk On Al-Qadisiyyah Battle


Ceramah 'Talk On Al-Qadisiyyah Battle' yang dianjurkan oleh Biro Pendidikan dan Tarbiyah Nadi@watan UIAM dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Mac 2011 yang lepas.

Ceramah yang disampaikan oleh Mejar Nadzri bin Musnman diserikan dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat iaitu Lt. Col (H) Dato' Hamidon bin Abdul Hamid, Leftenan Tuan Wan Rizaila bin Wan Mohd. Saufi dan Kapten Mastura binti Abdul Majid. Kehadiran para hadirin yang terdiri daripada angota Wataniah Skills, bekas Wataniah Skills, pelatih daripada unit beruniform Palapes yang turut dijemput dan orang awam ke majlis ini juga amat menggalakkan sebagai bukti sokongan.

Ceramah yang disampaikan ternyata membangkitkan semangat para hadirin. Banyak pengajaran yang dapat diambil berdasarkan kisah Perang Al-Qadisiyyah yang berlaku pada 636 M tersebut antaranya betapa Islam cintakan perdamaian sehinnga meletakkan perang sebagai jalan terakhir apabila pihak lawan enggan berdamai. Ini terbukti apabila panglima Sa'ad Abi Waqas menangis kerana terpaksa berperang dengan tentera Rom selepas panglimanya, Rostam Farrokhzad menolak usaha perdamaian yang ditawarkan beliau. Parta hadirin juga dapat mengenali sifat-sifat terpuji beberapa sahabat Nabi yang kurang dikenali antaranya Qa' Qa', Abdullah Ummi Makthum dan Rubiyy Ibn Amir.



Majlis brakhir dengan penyampain sijil penghargaan kepada bekas anggota Wataniah Skills oleh tetamu kehormat, Lt. Col (H) Dato' Hamidon bin Abdul Hamid diiringi Leftenan Tuan Wan Rizaila bin Wan Mohd. Saufi dan jamuan ringan kepada tetamu-tetamu yang hadir.



Semoga majlis ceramah seperti ini dapat memberikan manfaat kepada para hadirin dan ilmu yang diperoleh dpaat disebarkan kepada mereka yang tidak berkesempatan hadir. Diharap majlis-majlis ilmu seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa hadapan kerana sesungguhnya hati setiap manusia memerlukan makanan rohani untuk terus memandu ke jalan yang lurus sebagaimana tanah memerlukan siraman air hujan untuk terus kekal subur agar dapat berbakti kepada makhluk yang lain.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.


post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)