CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 11, 2011

Penghargaan Kecil Untuk Pengorbanan Yang Besar

Saguhati Bekas Tentera Cedera Dibincang Dengan PM


JASIN 5 Mac - Permohonan bagi tuntutan bayaran sagu hati atau ex-gratia bagi bekas anggota tentera yang cedera sewaktu berkhidmat sebelum tahun 2001 telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk dipertimbangkan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kementerian menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengemukakan permohonan berjumlah RM19 juta yang melibatkan tuntutan daripada 1,142 pesara tentera.

Menurutnya, bekas anggota tentera terlibat mengemukakan rayuan tersebut setelah pesara tentera yang berkhidmat selepas 2001 mendapat ex-gratia.

"Ini merupakan tuntutan lama yang dikemukakan oleh pesara tentera sebelum 2001 dan saya terpanggil untuk memperjuangkan tuntutan mereka.

"Insya-Allah saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan untuk berbincang supaya kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan ini," katanya selepas menghadiri majlis perjumpaan bersama veteran ATM di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 11 pesara tentera dan sumbangan kebajikan daripada JHEV.

Sumber: Utusan Malaysia
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)