CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 16, 2011

"Brigadier Jeneral" Norhuda

Kol Norhuda, Wanita Pertama Dari Bahagian Tugas Am Dilantik Brigadier Jeneral


KUALA LUMPUR - Kolonel Norhuda Ahmad dari bahagian tugas am mencipta sejarah tersendiri dalam pasukan tentera darat apabila menjadi pegawai wanita pertama dari bahagian itu dinaikkan pangkat sebagai Brigadier Jeneral.

Norhuda, 54, yang sebelum ini Ketua Cawangan Asean, Pusat Integrasi Perisikan, Direktorat Strategik, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Direktorat Latihan bahagian itu.

Beliau merupakan antara 27 pegawai kanan Tentera Darat dinaikkan ke pelbagai pangkat.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd Zin berkata, Norhuda layak dinaikkan pangkat ke Brigadier Jeneral kerana memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Ini menjadikan hari ini hari istimewa bagi Tentera Darat, katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Wisma Transit di sini hari ini. - Bernama
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)