CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 15, 2011

Veteran Tentera Dihargai..

10 Veteran Tentera Terima Pingat Penghargaan

TAWAU - Sepuluh veteran tentera di sini hari ini dianugerahi Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebagai menghargai jasa mereka berjuang mempertahan dan menjaga kedaulatan negara.

Pingat PJM berkenaan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Dr Ismail Ahmad kepada veteran tentera berkenaan pada satu majlis di Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2).

Veteran tentera berkenaan merupakan antara anggota tentera Malaysia yang berkhidmat pada zaman konfrontasi dengan Indonesia serta penentangan pengganas komunis antara tahun 1958 hingga 1965.

Mereka ialah Jemihin Kalan, Yusoff Pasu, Mohd Yatim Ahmad, Sazman Marallam, Kahar Ag.Tengah, Ibrahim Alam, Asmad Guntor, Ishak Juma, Abdul Kumang Antang dan Omar Abdul.

Ketika ditemui pada majlis itu, Koperal (B) Ibrahim, 66, berkata, sepanjang 19 tahun perkhidmatannya dalam angkatan tentera banyak pengalaman pahit dan manis telah dilaluinya.

“Saya telah terlibat dalam beberapa pentempuran dengan tentera Komunis di bawah pimpinan Chin Peng dan Rashid Maidin di sempadan Thailand,” katanya.

Menurut Ibrahim, beliau juga pernah terlibat dalam operasi “Bambu" di Kuala Kubu Baru, Selangor menentang Komunis serta berjuang di Sibu, Sarawak, juga menentang petualang negara berkenaan.

Beliau turut tidak dapat melupakan peristiwa rakannya Mat Tanji dari Kelantan yang terkorban ketika bertempur dengan komunis di Sibu.

"Anggota platun telah berusaha mencari jenazah allahyarham Mat Tanji namun cuma berjaya menemuinya seminggu kemudian yang ketika itu sudah hampir hampir reput".

Penemuan jenazah rakannya itu di mana dia sendiri yang mengangkatnya merupakan kenangan yang paling tidak dapat dilupakannya sepanjang penglibatannya dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Dr Ismail pula berkata, veteran tentera berkenaan telah mencurah bakti dengan penuh dedikasi kepada negara dan sudah sewajarnya mereka diberi penghargaan.

Beliau berharap penganugerahan itu akan memberi semangat kepada generasi muda untuk sama-sama berbakti dan mempertahankan negara. - Bernama
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)