CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 23, 2011

O.R KINI BERWAJAH BARU

O.R KINI BERWAJAH BARU


Pada Ahad, 23 Januari 2011, biro Quartermaster (QM) telah menganjurkan hari gotong-royong untuk membersihkan bilik operasi Nadi@watan (OR). Sudah menjadi tradisi bagi Anggota Wataniah UIAM untuk membersihkan bilik operasi pada setiap awal semester dan hujung semester. Oleh kerana aktiviti ini tidak diwajibkan kepada semua anggota, jumlah anggota yang hadir hanyalah seramai kira-kira 25 orang. Sungguhpun begitu, kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah tinggi malahan segala kerja dilakukan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh.

Operasi gotong-royong bermula jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 3.00 petang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti melabel barang-barang di dalam stor, menyusun atur kembali perabot di setiap bilik dan mengemas fail-fail kelab. Bilik mesyuarat kedua yang sebelum ini dilihat kurang tersusun juga telah diubahsuai menjadi bilik pejabat.









Tuan Wan Rizaila juga turut hadir untuk memberikan sokongan dengan menyumbangkan idea dalam susur atur perabot dan membantu membersihkan bilik operasi. Selepas itu, para anggota dijamu dengan makan tengahari sebagai penghargaan kepada usaha dan penat-lelah mereka dalam menjayakan hari gotong-royong ini.






Bilik operasi kini menjadi lebih ceria dan tersusun.



Terima kasih diucapkan kepada anggota yang hadir menyumbangkan tenaga dalam menjayakan hari gotong-royong ini. Diharapkan sifat kerjasama dan semangat saling tolong-menolong antara anggota dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan. Semoga Bilik Operasi Nadi@watan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua anggota Wataniah UIAM.



post signature






3 comments:

Syahira@Chea

Cantik O.R baru.. nak mai melawat la nanti ;)

Omare

Wahh sudah majuu... Pasang niat nak ziarah OR... X
(Pssst: np tajuk post xtulis kat ruang tajuk dia sekali... tgok cth sblum post ni...nnt tajuk xkuar kat backlink blog2 kelab/orang lain..t8 note.. =) )

Anonymous

Noted and fixed staff.
Tq =)

-Hafiza @ Ejot

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)