CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 30, 2011

Latihan Tempatan Pertama di UIAM

Latihan Tempatan Pertama di UIAM

ATTENTION!!!
Perhatian kepada semua mantan-mantan wataniah skill dan non-skill wataniah UIAM, pada 12 Februari 2011 ini latihan tempatan yang pertama akan bermula. Latihan ini akan dijalankan di dalam uia. Kepada yang mempunyai kelapangan dan berminat untuk sama-sama mengikuti latihan tempatan ini sila beri nama dan nombor anda kepada Pbt. Mohd Syazwan (013-2699789) dengan SEGERA. Kerjasama dari anda amat dihargai. =) Terima kasih.

Sebahagian dari lthn tempatan 2010:




























post signature
 

Saturday, January 29, 2011

Para Pegawai Berpangkat Kapten (S) R515AW Menjalani Kursus di PUSWATAN

Profesional Ke Medan 'PERANG'


Oleh ZAKI SALLEH


PARA pegawai Askar Wataniah yang mengikuti Kursus Ketua Kompeni (Sukarela) Siri 1/2010 bergambar bersama komandan dan jurulatih Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan) Ipoh, Perak.

KEMARAAN tentera musuh yang dikesan datang dari arah Pengkalan Hulu, Gerik harus disekat. Musuh yang sebelum ini telah menewaskan Briged Ke-6 Infantri semakin mengasak untuk mara menghampiri Ipoh.

Menerusi maklumat perisikan, satu kumpulan peninjau musuh berkekuatan satu platun yang dilindungi tiga kereta perisai sedang mendahului kemaraan musuh itu berdekatan Kampung Gelok, Lenggong, Perak.

Sebagai pasukan paling hadapan, Kapten Nasran yang mengetuai Kompeni A dari Batalion ke-308 Askar Wataniah (AW) menerima arahan daripada pegawai atasannya agar menyekat kemaraan musuh itu sebelum operasi seterusnya dilakukan oleh pihak briged.

Berpandukan arahan tersebut, beliau menyiapkan pelan perkiraan keadaannya termasuk meninjau lokasi musuh di atas peta bagi memastikan rancangan tempur yang diaturnya membuahkan kejayaan.

Dengan keupayaan tempur pasukannya, Kapten Nasran merangka strategi paling berkesan termasuk mendapatkan bantuan pengeboman daripada pihak artileri.

Senario tersebut bukanlah pertempuran sebenar, tetapi gambaran sebuah operasi ketenteraan yang disimulasikan kepada para penuntut Kursus Ketua Kompeni (Sukarela) Siri 1/2010 yang diadakan di Pusat Latihan Askar Wataniah (Puswatan), Ipoh, Perak baru-baru ini.

Kursus selama dua minggu yang dihadiri oleh para pegawai simpanan sukarela itu bagi menguji kemahiran mereka terhadap taktik Peperangan Terbuka serta Operasi Melawan Insurgensi yang dilakukan secara Latihan Tanpa Terup.

Sepanjang tempoh tersebut, sebagai penuntut kursus, mereka bukan sahaja diuji taktik-taktik peperangan yang sesuai digunakan bagi sesuatu operasi, tetapi juga menilai keupayaan sesuatu pertempuran berpandukan kepada aset-aset persenjataan yang diberi.

Setiap hari, mereka perlu menyiapkan pelan perkiraan keadaan yang berbeza mengikut senario operasi yang diberi untuk dinilai oleh pegawai pemeriksa. Kegagalan merancang dengan betul boleh menyebabkan kecelakaan kepada pasukan sendiri.

Setiap rancangan perkiraan yang dikemukakan akan dinilai oleh pegawai pemeriksa selain ujian bertulis yang bakal menentukan prestasi mereka pada akhir kursus nanti.

Latihan di Puswatan itu merupakan fasa kedua kursus yang dijalankan mengikut modul Kursus Jarak Jauh Dibimbing (KJJD) setelah melalui fasa pertama selama dua minggu bersama pasukan masing-masing.

Ia merupakan kursus kerjaya yang wajib dihadiri para pegawai AW berpangkat Kapten seperti yang ditetapkan oleh Bahagian Pasukan Simpanan (BPS) Tentera Darat bagi memastikan pegawai-pegawai AW sentiasa terlatih dan didedahkan dengan ilmu peperangan terkini.

Penuntut bekerjaya profesional

SOO SIANG (depan, empat dari kiri) diumumkan Penuntut Terbaik Keseluruhan, manakala Rizal (depan, tengah) berjaya sebagai Penuntut Terbaik Akademik.

Bagi kursus kali ini, ia dihadiri seramai 34 pegawai AW dari pelbagai unit dan pasukan seperti Siri 500 Infantri, Kor Armor Diraja, Rejimen Artileri Diraja dan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes).

Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang kerjaya antaranya doktor, peguam, guru, pegawai pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, ahli perniagaan serta wartawan.

Ini termasuklah tiga pensyarah universiti berstatus profesor madya dan seorang pengarah pusat pengajian.

Mereka ialah Kapten Profesor Madya Rashid Dollah dari Palapes Universiti Putra Malaysia, Kapten Profesor Madya Kamaruddin Kana (Palapes Universiti Malaysia Sarawak), Kapten Profesor Madya Yang Soo Siang (Palapes Universiti Malaysia Sabah) dan Kapten Dr. Halim Mokhtar (Palapes Universiti Malaya).

Turut serta ialah pasangan suami isteri, Kapten Rizal Rohim dan Kapten Mazliza Mohamad, kedua-duanya dari Rejimen Ke-505 (AW).

Biarpun berjawatan tinggi dan berstatus profesional, mereka berpendapat ia bukan halangan untuk memainkan tanggungjawab sebagai barisan pertahanan kedua pertahanan negara di dalam pasukan AW.

“Senario operasi yang berbeza memerlukan kami perlu cepat berfikir dan bertindak merangka strategi pertempuran.

“Walaupun ia hanyalah simulasi peperangan, tetapi situasi sebenar tidak mustahil boleh dihadapi sekiranya negara berhadapan dengan konflik,” tegas Rashid.

Menurut pensyarah pengurusan Fakulti Ekonomi UPM itu, sebagai pegawai AW, kursus tersebut dapat menajamkan lagi kemahiran ilmu peperangan dan taktik ketenteraan yang dimiliki.

Bagi Halim, pensyarah kanan Fakulti Perubatan di Universiti Malaya (UM) pula, pembabitan golongan profesional dalam bidang ketenteraan amat dialu-alukan.

“Dalam kursus ini misalnya, kami bukan sahaja diminta mengatur strategi, malah memastikan ia dapat diimplementasikan dengan baik serta membuat penilaian yang seimbang mengenai musuh dan pasukan sendiri.

“Apabila menyarung uniform tentera, secara automatik kami perlu berfikir dan bertindak seperti tentera.

“Namun yang menariknya, apa yang dipelajari ini juga boleh diaplikasikan dalam kerjaya seharian kami terutamanya dalam soal perancangan,” ujar Pengarah Pusat Sukan UM ini lagi.

Pada akhir kursus, Soo Siang diumumkan sebagai Penuntut Terbaik Keseluruhan, manakala Rizal sebagai Penuntut Terbaik Akademik.

Sumber: Kosmo Online
post signature

Sunday, January 23, 2011

O.R KINI BERWAJAH BARU

O.R KINI BERWAJAH BARU


Pada Ahad, 23 Januari 2011, biro Quartermaster (QM) telah menganjurkan hari gotong-royong untuk membersihkan bilik operasi Nadi@watan (OR). Sudah menjadi tradisi bagi Anggota Wataniah UIAM untuk membersihkan bilik operasi pada setiap awal semester dan hujung semester. Oleh kerana aktiviti ini tidak diwajibkan kepada semua anggota, jumlah anggota yang hadir hanyalah seramai kira-kira 25 orang. Sungguhpun begitu, kerjasama dan komitmen yang diberikan amatlah tinggi malahan segala kerja dilakukan dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh.

Operasi gotong-royong bermula jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 3.00 petang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti melabel barang-barang di dalam stor, menyusun atur kembali perabot di setiap bilik dan mengemas fail-fail kelab. Bilik mesyuarat kedua yang sebelum ini dilihat kurang tersusun juga telah diubahsuai menjadi bilik pejabat.









Tuan Wan Rizaila juga turut hadir untuk memberikan sokongan dengan menyumbangkan idea dalam susur atur perabot dan membantu membersihkan bilik operasi. Selepas itu, para anggota dijamu dengan makan tengahari sebagai penghargaan kepada usaha dan penat-lelah mereka dalam menjayakan hari gotong-royong ini.






Bilik operasi kini menjadi lebih ceria dan tersusun.



Terima kasih diucapkan kepada anggota yang hadir menyumbangkan tenaga dalam menjayakan hari gotong-royong ini. Diharapkan sifat kerjasama dan semangat saling tolong-menolong antara anggota dapat dipertingkatkan lagi di masa hadapan. Semoga Bilik Operasi Nadi@watan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua anggota Wataniah UIAM.



post signature






Sunday, January 16, 2011

Salahuddin Warriors Won Overall USC!!

Mahallah Salahuddin 

Entitled 

Overall USC Champion (Sister)


Tahniah Diucapkan kepada kesemua 'Salahuddin Warriors' yang telah melibatkan diri dengan 'University Sport Carnival' (USC) sepanjang 10-15 Januari 2011 yang lalu setelah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN USC kategori 'sister' pada malam 'closing ceremony' 15 Januari 2011. Kejayaan yang dikecapi oleh Mahallah Salahuddin adalah sesuatu yang amat membanggakan bagi kesemua penghuni mahallah tersebut memandangkan ia adalah sebuah mahallah yang baru diwujudkan dan juga mahallah campuran. Jika difikirkan sebagai mahallah campuran sudah tentu mempunyai bilangan 'sister' yang tidak semaksimum seperti mahallah 'sister' yang lain seperti Mahallah Summayyah, Nusaibah, Aisyah, Maryam dan sebagainya dimana keseluruhan penghuninya adalah 'sister'. 


Ini adalah bukti bahawa Mahallah Salahuddin dihuni oleh 'Princess Warriors' dimana walaupun kuantiti 'sister' agak sedikit tetapi kualiti sebagai 'athletes' amat membanggakan. Ini ditambah pula dengan fakta bahawa keseluruhan penghuni ('sister') mahallah tersebut ialah 100% daripada badan beruniform UIAM iaitu gabungan Askar Wataniah, Kor SUKSIS dan juga PALAPES Udara. Antara kejayaan yang dilakarkan sepanjang USC berlangsung adalah seperti Juara dan Naib Juara acara Futsal masing-masing daripada kategori 'Sister' dan "Brother', Naib Juara Chess dan Table Tennis kategori 'Brother', tempat ketiga Volleyball 'Sister' dan lain-lain. Bagi acara-acara trek pula dimonopoli oleh 'athletes - sister' Mahallah Salahuddin yang mendapat banyak pujian penonton-penonton pada malam acara penutupan kerana kelajuan mereka semasa berlari jika dibandingkan dengan 'athletes - sister' daripada mahallah-mahallah 'sister' yang lain. 

Untuk pengetahuan anggota-anggota wataniah, 'Head of Program Coordinator(PC)' untuk Program USC ini dijawat oleh Sis. Siti Hazar bt Saharin @ Hosrin (wataniah). Beliau telah menjalankan tugas dengan baik pada malam tersebut dengan mengawal kelancaran 'flow of the program' dibantu oleh 'committees' yang lain. Alhamdulillah, acara USC ini dianggap yang terbaik sepanjang USC diadakan pada tahun-tahun sebelumnya. Pada upacara penutupan ini, perbarisan daripada atlit-atlit setiap mahallah seluruh UIAM bergerak masuk ke padang dengan diiringi oleh pancaragam daripada Tentera Udara Di Raja Malaysia(TUDM) yang turut melakukan persembahan yang amat mantap dan menghiburkan pada malam tersebut. Antara pancaragam yang dilakukan ialah lagu Do Re Mi, Zapin, Nyanyian Lagu Wali Band, Poco-poco dan sebagainya. 
       

Selepas upacara gimik perasmian penutupan dengan melepaskan belon-belon berwarna - warni ke udara oleh Deputy Rector (Student Affairs), IIUM Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, terdapat persembahan sampingan seperti Karate-Do yang telah mempamerkan persembahan hebat melalui buah-buah pergerakan yang dilakukan dengan cergas dan pantas. Seterusnya acara Tempur Tanpa Senjata(TTS) oleh Askar Wataniah UIAM yang telah dijemput untuk mempamerkan kehebatan dalam seni mempertahankan diri dan juga semangat untuk turut menjayakan 'closing ceremony' USC kali ini. 

       Secara keseluruhannya, USC tahun 2011 ini adalah suatu permulaan yang baik bagi anggota-anggota daripada badan beruniform daripada Mahallah Salahuddin meskipun telah berlaku beberapa perkara yang tidak disenangi oleh mereka kerana dipandang serong oleh pelajar-pelajar daripada badan bukan beruniform semasa sesi-sesi latihan mereka oleh kerana mahallah tersebut adalah mahallah campuran 'sister & brother' dimana fokus mereka sedikit sebanyak telah terganggu. Namun demikian, mereka terutamanya 'sister' telah membuktikan bahawa mereka adalah ikhlas untuk berlatih untuk mencapai kejayaan yang amat membanggakan seperti ini untuk dikongsikan bersama dengan seluruh penghuni Mahallah Salahuddin yang lain. 

         Ucapan tahniah juga kepada Cik Nazri yang banyak membantu dalam merangkul piala USC untuk julung kalinya penglibatan mahallah tersebut selepas ditubuhkan pada tahun 2010 yang lepas. Semoga pencapaian ini dapat dikekalkan sehingga USC yang seterusnya dan ditambah pula dengan kejayaan 'brother' sekali insha'allah jika kesemua penghuni Mahallah tersebut bersatu padu merealisasikan impian ini. 


Sokongan kepada 'Salahuddin Warriors' akan terus mekar untuk selamanya...
























Bergambar Kenangan Setelah Dinobatkan Sebagai Juara Keseluruhan USC Kategori 'Sister'









post signature

Saturday, January 15, 2011

Veteran Tentera Dihargai..

10 Veteran Tentera Terima Pingat Penghargaan

TAWAU - Sepuluh veteran tentera di sini hari ini dianugerahi Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebagai menghargai jasa mereka berjuang mempertahan dan menjaga kedaulatan negara.

Pingat PJM berkenaan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Dr Ismail Ahmad kepada veteran tentera berkenaan pada satu majlis di Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2).

Veteran tentera berkenaan merupakan antara anggota tentera Malaysia yang berkhidmat pada zaman konfrontasi dengan Indonesia serta penentangan pengganas komunis antara tahun 1958 hingga 1965.

Mereka ialah Jemihin Kalan, Yusoff Pasu, Mohd Yatim Ahmad, Sazman Marallam, Kahar Ag.Tengah, Ibrahim Alam, Asmad Guntor, Ishak Juma, Abdul Kumang Antang dan Omar Abdul.

Ketika ditemui pada majlis itu, Koperal (B) Ibrahim, 66, berkata, sepanjang 19 tahun perkhidmatannya dalam angkatan tentera banyak pengalaman pahit dan manis telah dilaluinya.

“Saya telah terlibat dalam beberapa pentempuran dengan tentera Komunis di bawah pimpinan Chin Peng dan Rashid Maidin di sempadan Thailand,” katanya.

Menurut Ibrahim, beliau juga pernah terlibat dalam operasi “Bambu" di Kuala Kubu Baru, Selangor menentang Komunis serta berjuang di Sibu, Sarawak, juga menentang petualang negara berkenaan.

Beliau turut tidak dapat melupakan peristiwa rakannya Mat Tanji dari Kelantan yang terkorban ketika bertempur dengan komunis di Sibu.

"Anggota platun telah berusaha mencari jenazah allahyarham Mat Tanji namun cuma berjaya menemuinya seminggu kemudian yang ketika itu sudah hampir hampir reput".

Penemuan jenazah rakannya itu di mana dia sendiri yang mengangkatnya merupakan kenangan yang paling tidak dapat dilupakannya sepanjang penglibatannya dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Dr Ismail pula berkata, veteran tentera berkenaan telah mencurah bakti dengan penuh dedikasi kepada negara dan sudah sewajarnya mereka diberi penghargaan.

Beliau berharap penganugerahan itu akan memberi semangat kepada generasi muda untuk sama-sama berbakti dan mempertahankan negara. - Bernama
post signature

Ibadah Camp For Uniform Bodies Semester 1, 2010/2011 (level 2 & 3)

Theme: "Truth and Justice 

Inculcating Soft Skills Elements 

in Uniform Bodies"


Date: 8 - 12 December
Organized By: CCAC, SDEV IIUM



Introduction:

It is ongoing programme for members of uniform bodies who have to be given further motivation, exposure and mastery of the three packages to enhance their spiritual and inner dimension that introduced to them will further assist them to translate and inculcate the basic concept and objectives of uniform bodies in a more attractive approach.

Objectives:

To expose students to the three packages


To enhance their spiritual and inner dimension.


To have clear horizon about education, religion and life.


To prepare students to face societal expectation after graduation.


To inculcate the seven soft-skills(Kemahiran Insaniah) underlined by MOHE.

Some of the activities done were:
  • Thaharah and Solat (Theory and Practical)
  • Jenazah Management (Theory and Practical)
  • Ethics in Seeking Knowledge
  • Family Management from The Islamic Perspectives.
  • Obstacle Run & OTOS (One Team one Spirit)
  • War Game
  • and more...





post signature