CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, December 5, 2010

Kem Perdana Sungai Besi Dibanjiri Lautan Hijau

Kem Perdana Sungai Besi Dibanjiri Lautan Hijau



KUALA LUMPUR: Sempena Sambutan Aidiladha pada 17 Nov 2010 bersamaan 1431 Zulhijjah bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sungai Besi, dengan kehadiran 7000 anggota Tentera Darat bersama keluarga masing-masing telah melaksanakan majlis solat sunat Aidiladha peringkat Tentera Darat (TD).



Selesai solat sunat Aidiladha antara lain aktiviti telah dilaksanakan termasuk penyerahan pisau penyembelihan untuk majlis korban yang telah disempurnakan oleh Jen Datuk Zulkifeli bin Mohd Zin Panglima Tentera Darat sambil disaksikan oleh timbalannya, Lt Jen Datuk Zulkifli Zainal Abidin serta para pegawai kanan TD , kepada anggota Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia bagi mereka yang telah dilantik untuk tujuan penyembelihan daging korban.



28 ekor lembu telah dikorbankan ini termasuk 16 sumbangan dari warga TD sebdiri dan 12 untuk tujuan korban sempena Aidiladha, majlis korban ini dilaksanakan secara bergotong royong oleh warga Tentera Darat sempena majlis solat sunat Aidiladha peringkat Tentera Darat yang telah dilaksanakan di Kem Perdana Sungai Besi.



Antara lain pihak Tentera Darat juga turut mengagihkan-agihkan daging korban kepada setiap warganya yang hadir pada majlis tersebut bermula jam 11.00 pagi hingga selesai sebelum solat zohor.

Sumber asal: Laman Web Rasmi TDM
post signature

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)