CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 24, 2010

Photo Post "Kami Telah Bersedia dan Bersedia Jua Menerima Kritikan"

Persembahan Istimewa 

Formasi Watadance AW UIAM



Persembahan Watadance UIAM MAFinACT '10 didemonstrasikan
untuk dikritik seterusnya untuk diperbaiki oleh anggota
pada latihan-latihan yang terakhir selepas Hari Raya Eidulfitri nanti.
Persembahan pada hari Selasa 24 Ogos 2010 yang lalu bukanlah yang terbaik.
Jadi masih ada ruang untuk peningkatan bagi kesemua pihak sama ada
peserta atau ahli jawatankuasa dalam memperbaiki kelemahan masing-masing
dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Do your best! Good Luck! AjaJa Fightin!
Do your best! Good Luck! AjaJa Fightin!
4 orang gadis dengan half loreng merangkap committee TOT
berehat setelah selesai membantu seorang skuad lelaki CCWT 1061
dengan pergerakan dan lirik kata watadance. (NA jeles la skuad.. haha)
Pbt Omar, Pbt Shah, L/kpl Najib dan L/kpl Firdaus memerhati dari jauh
latihan dikendalikan Pbt Umar.
Anggota non-skill merangkap committees MAFinACT '10.
Dari kiri, Pbt Mas, Pbt Wani, dan Pbt Aini melihat persiapan
anggota Watadance sebelum dipertontonkan kepada Lt Wan Rizaila.
Pbt Lina dan Pbt Huda manis berbaju kurung.. berhati-hati mereka
antara yang pakar dalam watadance. Buatlah yang terbaik anggota
watadance MAFinACT '10 sebelum mereka geram dan berwatadance
dengan baju2 kurung sekali..haha
Anggota CCWT 1062 mungkin mengenali Pbt Mokhtar kerana beliau
pernah mengendalikan anggota rekrut siri 1/2010. Beliau memberi komen
pergerakan Watadance seharusnya dilakukan dengan ganas.
Hentakan tangan dan kaki haruslah diangkat tinggi dan dijatuhkan
dengan perasaan geram supaya setiap pergerakan watadance dapat
menyampaikan mesej kepada para penonton nanti. Watadance bukan
setakat nyanyian ia adalah simbolik kepada perjuangan seorang AW.

Lt Wan Rizaila memerhatikan persembahan anggota watadance
sebelum menamatkan latihan dan menjemput semua anggota yang hadir untuk
menghadiri iftar di OR


2 comments:

sapuan ridzuan

bgus dah dorang nie.. cume aku rase mcm xbape nak serius la... harap dpt lagik serius...

seperti menurut kata tuan wari maybe akan ada pertukaraan dari segi lirik die so kalu dah tukar lirik mesti akan amek mase utk perform the best balik.. harap dapat lebih serius..

masa kita bermain kita main bersungguh2, masa kita berlatih jgn main2..

ok sekadar komen dari aku yang bukan sape2 nie...

Siti Nurhuda Husna

Haish. Admin ni, suka suki je an. Heip!

Yang persembahan tu ok la. Not bad. Bersemangat semua. Cuma masih perlu diperbaiki lagi. Contoh dari segi suara dan hentak kaki tu. Biar padat. Pastu, tone waktu menyanyi tu ada meleret sikit. Kang tak cukup nafas kang.

Apapun selamat maju jaya untuk adik-adik junior. Harap masa hari jadi nanti habis bergegar stadium, meremang bulu roma penonton bila tengok persembahan korang nanti.

Ganbatte kudasai! ^_^

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)