CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 3, 2010

Noticeboard Kelab Nadi@watan UIAM

Noticeboard - Promosi Sepanjang Hayat Kelab


Papan Kenyataan Kelab
Nadi@watan berlokasi di S-Dev
Fungsi Noticeboard seharusnya dititik beratkan kerana ia bukan sahaja untuk kegunaan informasi bagi anggota wataniah UIAM sahaja tetapi juga dinilai oleh pelajar-pelajar tempatan dan antarabangsa termasuklah staf-staf UIAM kerana mereka bertembung dengan pelbagai noticeboard/papan kenyataan sehari-hari dalam rutin harian masing-masing. Golongan-golongan ini membaca serta menilai keaktifan sesuatu kelab itu melalui informasi-informasi atau aktiviti-aktiviti semasa dan terkini yang dipamerkan sebelum menanam minat dan membuat keputusan untuk menyertai kelab tersebut. Walaupun kelab itu sememangnya aktif beraktiviti, tetapi pada orang-orang di sekitar tidak berfikiran sebegitu tanpa melihatnya dengan mata sendiri. Walaupun kelab dapat mempromosikan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun-tahun yang lalu dan yang terkini semasa Cocu Week atau Open Booth, tetapi kelebihan promosi cara sebegitu terhad oleh waktu. 

Papan Kenyataan Kelab Nadi@watan
berlokasi di OR(inside)
Dibandingkan dengan noticeboard, ia adalah bersifat permanent promotion yang berjalan sehari-hari (non-stop) sepanjang tahun tanpa perlu pengawasan on-time oleh anggota. Jadi kelebihan adanya noticeboard tidak boleh dipandang remeh. Seboleh-bolehnya diupdate 2 minggu sekali dengan gambar-gambar  aktiviti, program terkini dan juga maklumat-maklumat terbaru. Tanggungjawab bagi mengemaskini noticeboard kelab juga harus disokong bersama oleh semua anggota wataniah UIAM. Jika ada sebagai contoh notis-notis lama yang telah lama expired, anggota perlu remove daripada noticeboard tersebut serta merta. Ini kerana jika orang-orang sekeliling melihat noticeboard kelab penuh dengan notis-notis yang telah lama berminggu/berbulan expired, mereka mempunyai tanggapan bahawa kelab tersebut tidak aktif dan membosankan.
Papan Kenyataan Kelab
Nadi@watandi blok anggota
lelaki Mahallah SAA



Papan Kenyataan Kelab Nadi@watan
berlokasi di OR(outside)
Sama-samalah kita menjaga dan menaik tarafkan noticeboard yang ada kerana melaluinya juga ramai pelajar-pelajar baru mulai menanam minat untuk menjadi sebahagian daripada Askar Wataniah setelah melihat sebagai contoh cerita-cerita kejayaan anggota dan apa-apa cerita yang membangkitkan semangat untuk mempertahankan agama merangkumi bangsa dan negara, aktiviti-aktiviti dan program menarik yang telah dijalankan, serta sebarang jenis informasi yang baru dan terkini. Tiada guna jika ada banyak papan kenyataan tetapi tidak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Ianya boleh diibaratkan membeli papan iklan tanpa tujuan untuk mendapat kelebihan atau keuntungan, sebaliknya diri sendiri yang jatuh bankrup akhirnya kerana persembahan iklan yang lemah dan tidak berkualiti.


Bilik operasi Kelab Nadi@watan
di Transportation Unit UIAM

1 comments:

Muhaimin

So same2 la kite pastikan info kt notice boards selalu diupdate k..jgn smpai ade org tegur lg sudah..hehe

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)