CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, August 5, 2010

Kejutan Di Mesyuarat MAFinACT '10 - 4 Ogos 2010

"Terima Kasih Kawan-Kawan" - Pbt Nonie


Assistant Program Manager 2- Pbt El Ridzuan mempengerusikan mesyuarat
MAFinACT '10 pada 4 Ogos 2010 dengan dihadiri hampir
kesemua committees sehingga penuh venue yang ditempah.
Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan laporan
meeting kedua bersama pihak ATM oleh Penolong Setiausaha
MAFinACT '10 iaitu Pbt Fatih.
Turut hadir ialah VP II Kelab Nadi@watan Pbt Nur Syahirah untuk
melihat perkembangan dan memberi pendapat dan cadangan dalam mesyuarat.
Anggota Non-skill Pbt Aini(gadis berbaju merah) merangkap setiausaha
MAFinACT '10  turut hadir bersama salah seorang sahabat baiknya Pbt Wani.

Biro Special Task diketuai Pbt Faruqi sedang mempamerkan
design baju yang dicadangkan dan ditunggu-tunggu oleh semua committees.
Kehadiran anggota CCWT iaitu Pbt Faliyana mengejutkan
semua committees apabila sanggup turun dan menyertai mesyuarat
walaupun kini sudah bergelar seorang ibu. Tetapi semangat beliau tetap
kukuh bersama kelab Nadi@watan seperti anggota wataniah UIAM yang lain.
Pbt Shah Saffuan anggota CCWT 3062 dan salah seorang anggota
non-skill yang hadir Pbt Naim turut meramaikan mesyuarat.
Walaupun kedua-dua anggota CCWT ini iaitu Pbt Nizam dan Pbt Naqi
baru sahaja habis daripada kelas, mereka berdua terus bergegas ke bilik
mesyuarat untuk membentangkan berkenaan biro Multimedia yang diketuai
oleh mereka sebagai menunaikan tanggungjawab.
Pbt Wani, Pbt Waniey, dan Perajurit Muda(PM) Hannah
sedang membincangkan sesuatu berkenaan MAFinACT '10.
Pbt Sapuan Ridzuan sebagai Program Coordination(PC) memberikan
pandangan beliau mengenai kelancaran MAFinACT '10.
Assistant Program Manager 1 Pbt Rose memberikan pendapat
mengenai keperluan committees dalam setiap biro yang ada.
               



Tidak lupa kehadiran Program Manager MAFinACT '10 Pbt Nasrul Hadi Yahaya 
menjayakan lagi mesyuarat kali ini. Mesyuarat bersama ATM kali Ke-3 akan diadakan pada 
19 Ogos 2010, Khamis, 1030am - 1230pm di Bilik Mesyuarat STAD UIAM. Beliau berharap
agar kesemua heads dan assistants dapat hadir kerana mesyuarat koordinasi ini amat penting 
bagi memastikan kelancaran program dan ini adalah meeting terakhir bersama pihak ATM bagi program MAFinACT '10 "1 Nation 1 Action" kali ini sbelum hari Kejadian pada 
Hari Sabtu, 2 Oktober 2010 di IIUM Male Sports Complex.

1 comments:

Lima Tango

Selamat Berjaya!

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)