CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, August 1, 2010

Hukuman & Pelajaran Kawad













TAKLIMAT MASUK BARIS


Dengar disini semua sekali….!
Apabila dapat hukuman…. 3 barisan dihadapan saya gerak…..
Skuad hendaklah sedia..berlari…berbaris,
Dlm 3 barisan dihadapan, ditengah2, dimana saya menghadap…
Faham itu skuad……!!2 @ 3 Kali


TAKLIMAT MENGAWADKAN SKUAD


Selamat pagi/petang skuad…
Pada pagi/petang ini saya akan mengawadkan skuad..
Penanda sebelah kanan prebet Huda,
Penanda sebelah kiri prebet Khairy,
Itu adalah barisan hadapan.
Barisan tengah2 juga, barisan belakang2 juga.
Hukuman salah jangan dibuat,
Hukuman saya yang betul skuad hendaklah buat dengan betul dan cergas. Faham itu skuad….2 @ 3 Kali.

- Selepas itu, beri hukuman paraskan skuad...


TAKLIMAT PARASKAN SKUAD


- Yg tinggi kekanan…rendah kekiri,
Dalam 1 barisan…..paras!

- Nombor!

- Nombor ganjil, 1 langkah ke hadapan,
Genap, 1 langkah ke belakang, gerak!

- Orang yang disebelah kanan sekali diam..!
Nombor ganjil ke kanan..
Genap ke kiri…
Barisan kanan dan kiri….pusing!

- Jadikan 3 barisan….cepat jalan!


HUKUMAN KAWAD KAKI


1. Gerak Skuad Ke Kanan/Kiri — Bergerak KeKanan / KeKiri Bertiga2… KeKanan / KeKiri…..Pusing!
2. Menghadap Ke Hadapan/Belakang — Skuad…Akan Menghadap KeHadapan / KeBelakang….. KeBelakang……Pusing!
3. Berjalan Dari Kiri/Kanan ( Tengok Tangan Anggota) — Cepat Jalan!
4. Berhenti Semasa Cepat Jalan — Skuad…..Henti! (Atas Kaki Kiri)
5. KeBelakang Pusing Semasa Cepat Jalan — Bergerak KeKanan / KeKiri Bertiga2 …..KeBelakang……Pusing! (Atas Kaki Kanan).
~~KeKanan / KeKiri Mesti Lihat Tangan Anggota yang Menghadap KeHadapan.

6. Hormat — Hormat…Hormat KeHadapan …Hormat! (Atas Kaki Kiri)
7. Terima Gaji — Hormat Selaku Terima Gaji…….. Hormat Ke Hadapan ……Hormat! (Atas kaki Kiri)
8. Ke Kanan Hormat — Hormat……Hormat Ke Kanan……..Hormat!(Atas kaki Kiri)
9. Tukar Langkah — Tukar Langkah Semasa Berjalan……Tukar Langkah!
(Atas Kaki Kiri Berturut Dengan Kaki Kanan)
10. Hentak Kaki Semasa Cepat Jalan — Hentak...Kaki! (Atas Kaki Kanan)
11. Maju Selepas Hentak Kaki — Maju! (Atas Kaki Kanan)
12. Tukar Langkah Semasa Hentak kaki — Tukar Langkah Semasa Hentak Kaki……....Tukar Langkah! (Mana2 Kaki Berturut2)
13. Pandang Kanan / Kiri — Pandang…Kanan / Kiri! (Atas Kaki Kiri)
14. Pandang Hadapan — Pandang Hadapan! (Atas Kaki Kiri)


PELAJARAN KAWAD KAKI


1. Sedia – PP
2. Senang Diri – PP
3. Rehatkan Diri – PP
4. Buka dan Tutup Barisan – 2P
5. Berpusing ke Kiri, Kanan dan Belakang – 2P
6. Bersurai dan Keluar Baris – PP
7. Berjalan dalam Masa Cepat – 3P
8. Berhenti masa Cepat Jalan – 3P
9. Tukar Langkah Masa Berjalan – 3P
10. Kebelakang Pusing Cepat Jalan – 6P
11. Hormat Semasa Berhenti – 2P
12. Kehadapan Hormat – PP
13. Kekanan dan ke Kiri Hormat – 5P


PELAJARAN KAWAD SENJATA


1. Sedia – PP
2. Senag Diri – PP
3. Rehatkan Diti –PP
4. Rusuk Senjat dari Turun Senjata –2P
5. Turun Senjata dari Rusuk –2P
6. Kalih Senjata dari Turun –2P
7. Ke Hadapan Hormat –2P
8. Hormat Senjata dari Rusuk –3P
9. Rusuk Senjata dari Hormat – 2P
10. Hormat Senjata dari Turun –3P
11. Turun Senjata dari Hormat – 3P
12. Kalih Senjata dari Rusuk – 4P



PANGGIL TANDA.

Dengar sini penanda dan pelurus barisan,
Apabila dapat hukuman TANDA!!!
Penanda dan pelurus barisan hendaklah sedia
Berjalan kehadapan, 120 langkah, 1 minit, 14 1,2 henti,
Penanda pusing kekanan pelurus barisan pusing ke kiri, pelurus barisan luruskan penanda
Apabila dapat hukuman ‘TANDA DIAM!!!’ Daripada pelurus barisan
penanda pusing ke kiri
Pelurus barisan pusing ke kanan dan senang diri bersama-sama.

Faham itu penanda dan pelurus barisan!!! (2X)

TANDA!!!

Dengar sini semua sekali,
Apabila dapat hukuman ‘MASUK BARIS!’ skuad hendaklah sedia,
Penanda dan pelurus barisan diam
Anda yang di belakang, berjalan kehadapan 120 langkah, 1 minit, 14 1,2 henti di mana anda sampai
Pandang kanan, angkat tangan kanan dan luruskan barisan
Apabila barisan telah lurus pandang hadapan, potong tangan kanan dan senang diri bertiga-tiga dari kanan ke kiri mengikut kumpulan masing-masing..

Faham itu skuad!!! (2X)

MASUK….. BARIS!!!



Skuad! Skuad, sedia!
Apabila dapat hukuman BUKA BARISAN GERAK! Penanda dan pelurus barisan diam. Yang lain buat.

BUKA BARISAN GERAK!

Apabila dapat hukuman KEKANAN LURUS! Pelurus barisan luruskan barisan.

KEKANAN LURUS!

Ehsan: Lkpl Muhammad Zarif Mohd Khalid


BAHASA HUKUMAN KAWAD SETINGKAT

(Pelajaran: Berpusing Ke Kanan Pusing)


Setingkat lagi
Di atas pelajaran anda
Dalam kawad kaki adalah berpusing ke kanan pusing
Tujuan, pelajaran dan pergerakan ini diajar, adalah untuk membolehkan anda membuat pergerakan berpusing ke kanan pusing, dengan cara yang betul dan cergas.

Apabila dapat hukuman rehatkan diri, lihat di sini, saya akan memberikan pertunjukan yang penuh.

Beri hukuman : Rehatkan……… Diri!!!

PANDANG BAIK-BAIK SKUAD !!!2X

Beri hukuman : Berpusing…ke kanan……… pusing!!!
Itu adalah pertunjukan yang penuh! Nampak itu skuad !!!

Oleh sebab belajar dan mengajar, maka pergerakan ini dibahagikan kepada bahagian. Tiap-tiap bahagian nombor. Terus lihat disini apa akan terjadi apabila dapat hukuman berpusing ke kanan pusing dengan nombor.. berpusing ke kanan pusing satu skuad dua dan seterusnya…

PANDANG BAIK-BAIK SKUAD !!2x

Berpusing dengan nombor……ke kanan pusing…. satu!! SATU!! Skuad dua!! DUA!!.
Itu adalah pertunjukan dengan nombor. Ada berapa pergerakan skuad!!!

Skuad jangan lupa berpusing ke kanan pusing dibuat dengan nombor ada 2 pergerakan. Ada berapa pergerakan skuad!!!

Terus lihat disini saya akan berikan pertunjukan dengan nombor berserta ulasannya sekali.

PANDANG BAIK-BAIK SKUAD!!2X

Berpusing dengan nombor, ke kanan pusing satu!! SATU!! Semula,
Apabila dapat hukuman berpusing dengan nombor ke kanan pusing satu,
Berpusing di atas tumit kaki kanan dan hujung jari kaki kiri, pusingkan kepala, bahu dan badan 90 darjah ke kanan dan kedua-dua belah tangan berada di penjahit sisi seluar seperti keadaan sedia.

(beri hukuman dan buat pergerakan skuad satu semula)

Itu adalah skuad satu,
Apa ada soalan pada skuad satu skuad?

Jika skuad tiada soalan, skuad jangan lupa apabila membuat pergerakan ini skuad hendaklah berteriak satu .

Berteriak apa skuad?

Terus lihat disini apa akan terjadi apabila dapat hukuman skuad dua,.
Beri hukuman : Skuad……dua!DUA! semula!

Apabila dapat hukuman skuad dua, dengan pantas angkat kaki kiri,
lutut bengkok peha paras dan hentakkan dengan padat disebelah kaki kanan,
kedua-dua tangan berada di penjahit sisi seluar seperti keadaan sedia.

(beri hukuman dan buat pergerakan skuad satu semula)

Itu adalah skuad dua!
Apa ada soalan pada skuad dua skuad!

Jika skuad tiada soalan, skuad jangan lupa apabila membuat pergerakan ini skuad hendaklah berteriak dua.
Berteriak apa skuad?

Terus lihat disini saya akan berikan pertunjukan yang penuh dan terakhir bagi pergerakan ini.
Pandang baik-baik skuad!

(beri hukuman dan buat pergerakan skuad satu semula)

Itu adalah pertunjukan yang penuh dan terakhir bagi pergerakan ini,
Keseluruhan pelajaran dan pergerakan ini apa ada soalan skuad?
Jika skuad tiada soalan skuad hendaklah berlatih berpasangan,
Berpasangan …….berlatih!!
Habis!

(Beri hukuman tiga barisan dihadapan saya gerak)

Terus saya akan latih skuad dengan nombor,
Hukuman dan masa daripada saya, perbuatan daripada skuad,
Skuad hendaklah berteriak masa dengan kuat.

Terus saya akan latih skuad dengan penuh,
Hukuman dan masa daripada saya, perbuatan daripada skuad.
Skuad hendaklah berteriak masa dengan kuat.

Ehsan: Lkpl Ahmad Asyraff Mat Ali

20 comments:

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain

Hukuman panggil tanda? Ni admin, cuma nak cadangkanlah. Kalau boleh kurangkan shortform, sebab kadang-kadang kami tak faham. Maceh~ =)

Nadiwatan

kalau xfaham front support 10 kali.. huhu
sudah.. thanx kecik..

Zainal Abidin Ghazali

meriah dan penuh semangat..
salam perjuangan dari kampeni A,Bn2,513.

Anonymous

Wah terima kasih atas info saudara.

muhammad

nak tanya la sikit.. kenapa bila platun menghadap ke belakang dan bila hukuman diberi untuk ke kanan "Skuad akan bergerak kekanan, kekanan pusing" sedangkan apabila skuad menghadap hadapan dan berpusing kekanan "bergerak kekanan bertiga-tiga kenan pusing"?? ni kawad statik.

Anonymous

Muhammad...sebabnya...itu menunjukan perbezaan antara barisan hadapan dan belakang...faham tu skuad...hehhehe...

Unknown

Ok lh ni..sedikit sebanyak dpt menambah ilmu mengawadkan skuad..

Unknown

Ok lh ni..sedikit sebanyak dpt menambah ilmu mengawadkan skuad..

Unknown

terima kasih kerana membantu

Unknown

terima kasih kerana membantu

Unknown

utk perbarisan perasmian majlis dsbgnya... berapa orang anggota biasanya yg akan ambil bahagian.

Unknown

apa maksudnya lihat tangan anggota?boleh jelaskan dengan lebih detail lagi tak?

Unknown

lihat tangan anggota bg barisan paling hadapan utk bg hukuman samaada ke kanan atau ke kiri..

Unknown

Assalam admin.

Kat mana saya blh dptkan buku kawad kaki TD ya?

Ini Kisahku

Terima kasih banyak... saya memang cari hukum kawad. Nak masukan dlm dialog cerpen

Unknown

Pertanyaan saya arahan asas kawad kaki iaitu BUKA BARIS GERAk berapa pergerakan dan apa perbezaannya arahan BUKA DAN TUTUP BARISAN pergerakan 2P.Mohon Admin terangkan..

bop70

amat membantu bagus sangat ilmu ini

wiraidaman

Tajuk pelajaran setingkat lagi sepatutnya, KEKANAN PUSING SEMASA BERHENTI BUKANNYA BERPUSING KE KANAN PUSING, itu bahasa hukuman.... (Mantan RSM)

Unknown

Pusat latihan peperangan khusus Tentera darat terandak melaka sungai undang melaka

Anonymous

nak tnya kalo berpusing kekanan pusing atas kaki kiri kah..

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)