CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, August 31, 2010

Panglima Beraya di Perbatasan

Panglima beraya di perbatasan

Utusan Malaysia

KOTA BHARU 30 Ogos - Lazimnya anggota tentera yang bertugas di perbatasan ketika Hari Raya Aidilfitri hanya menyambutnya bersama rakan sepasukan.

Bagaimanapun pada tahun ini sambutannya berbeza apabila mereka bakal disertai oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin dan panglima tentera darat yang lain.

Zulkifeli berkata, ia bukan satu amalan baru tetapi menjadi pendekatan kepimpinannya untuk melibatkan kesemua panglima di bawah sayap tentera darat bersama-sama mendampingi anggota yang sedang bertugas.

"Pada 1 Syawal saya akan menyambut lebaran bersama anggota yang sedang bertugas di Perak, saya akan bersama-sama mereka membakar lemang, selepas itu bersama dengan anggota yang menjalankan operasi di kawasan sempadan.

"Begitu juga dengan panglima-panglima saya yang lain, sebagai contoh Panglima Medan akan menyambut lebaran bersama dengan anggota yang menjalankan operasi di Johor," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan penyampaian zakat kepada ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) di Kem 8 Briged di sini malam tadi.

Turut hadir, Presiden PBTM, Datuk Muhammad Abdul Ghani. Pada majlis tersebut Zulkifeli turut menyampaikan PJM kepada 90 bekas anggota tentera yang berkhidmat pada zaman darurat.

PJM adalah bagi menghargai jasa mereka yang berkorban untuk memastikan keamanan negara terutama ketika menentang pemberontakan komunis.

Zulkifeli berkata, anggota yang bertugas ketika Hari Raya Aidilfitri melakukan pengorbanan yang besar meninggalkan keluarga untuk berada di perbatasan negara.

"Mereka berada di sempadan negara untuk menjaga keamanan meninggalkan anak dan isteri, jadi saya bersama panglima yang lain akan mendekati mereka supaya hari raya disambut dengan penuh bermakna biarpun tanpa kehadiran orang tersayang," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan mengetatkan kawalan di sempadan negara ketika musim perayaan ini bagi mengelak dibolosi oleh pihak tertentu.

"Jangan ingat ketika hari raya aman, jadi kita telah mengambil langkah yang sewajarnya dan mengingatkan anggota kita supaya tidak leka," katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan anggota tentera di sempadan tidak akan ditambah kerana jumlah sedia ada sudah memadai.

Pada masa sama, beliau meminta semua bekas tentera supaya menyertai PBTM bagi memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Katanya, ahli PBTM juga perlu bersatu supaya persatuan itu kuat dan suara mereka didengar oleh kerajaan.

Lagu 1MALAYSIA







LAGU 1MALAYSIA

Berdiri teguh di bumi nyata
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan

Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan
kita bangunkan Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus 2x

Satu Malaysia untuk semua

Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha




Laman Web Malaysia Merdeka

http://www.malaysiamerdeka.gov.my/ 







SUKSIS & PALAPES Beraksi di SS di Ambang Kemerdekaan Malaysia Ke 53

SUKSIS & PALAPES BERAKSI DI SS 

SALAHUDDIN SQUARE(SS)

30 OGOS 2010


Anggota SUKSIS UIAM melakukan salah satu formasi dalam latihan
kawad senyap mereka untuk program MAFinACT '10 sebulan sahaja lagi
iaitu pada 2 Oktober 2010 di Male Sports Complex UIAM, Sabtu, Jam 2000(8pm). 



Formasi dalam kawad senyap mereka memerlukan fokus yang tinggi
dan persefahaman kerana melibatkan balingan senjata
Setiap anggota dipersenjatai senjata rifle yang real menunjukkan
betapa mereka serius dalam berlatih pada malam tersebut.
Dalam apa-apa latihan sekalipun bagi unit beruniform, kita harus
serius dan melakukan latihan sebaik mungkin. 
PALAPES mula membanjiri SS dengan formasi PT mereka.
PALAPES mula melakukan latihan mereka bagi persiapan
sebelum hari kejadian MAFinACT '10. 
Aksi balingan senjata rifle memerlukan ketelitian kerana jika tidak senjata
akan terlepas dan jatuh ke tanah dan akan mengganggu pergerakan seterusnya.
PALAPES melakukan aksi front support secara berformasi. Keadaan sejuk
selepas hujan petangnya tidak mematahkan semangat mereka semua untuk turun berlatih.

Sunday, August 29, 2010

Photo Post "Iftar dan Solat Berjemaah"

Iftar Dan Solat Jemaah - Kelab Nadi@watan
Hari/Tarikh/Tempat: Selasa/24 Ogos 2010/ OR


PM MAFinACT '10 menjemput crews MAFinACT '10 mengambil
makanan selepas selesai persembahan Watadance.
Huh?? Athan belum berkemundang lagi la prebet Oja.. 
Antara menu iftar..terima kasih kepada team Catering MAFinACT '10
diketuai Pbt Ghaffur, Pbt Faiz, Pbt Sahril, Pbt Zul dan yang lain-lain
Pbt Jamilah dan anggota-anggota yang menjadi fitik iftar terpaksa berbuka
diluar OR kerana ruang OR telah dipenuhi anggota Kelab Nadi@watan.
Mewakili kesemua NA mengucapkan "terima kasih daun keladi tahun depan
buat iftar lagi".. 



Committee terpaksa makan dipintu OR sebab di dalam
sudah penuh, kesian mereka, ( "padan muka haha")
sebuah pengorbanan, memberi ruang anggota-anggota baru
merapatkan silahturrahim didalam OR bersama
Lt Wan Rizaila Dan Lt M Rossalinawati..


Pbt Kamal, Syura dan anggota watadance yang lain kelihatan penat
selepas persembahan. Syura, tu cawan ke berapa tuh? haha
Senyuman dan layanan mesra daripada committee melazatkan lagi 
menu iftar pada malam tersebut.
Sesak2.. sesak nafas.. jangan ada yang terkentut sudah..haha

Nasib baik bulan puasa, kalau tak semua berkaki ayam sebab kasut bersepah.
Setelah selesai berbuka, anggota menunaikan solat berjemaah.

Apabila FB Berbicara...(3)





Koleksi Status|Post Facebook Anggota Wataniah


[ Updating lagi kemudian =) ]

















Berbuka Puasa Bersama Rejimen 515 Askar Wataniah

Latihan Tempatan Siri 21/ 2010
Tarikh : 28 Ogos 2010


"Majlis Berbuka Dan Ramah Mesra Bersama Timbalan Komander
(Lt Kol Hj Roslan Zakaria) Rejimen 515 Askar Wataniah 28 Ogos 2010"
Anggota Tetap dan Sukarela menunggu athan berkemundang..
"Q"
"Selamat Berbuka"
1 Pinggan 1 cawan dan 5 orang = Diet ke dah lunch tadi ?
haha(gurau je) Pbt Harma expressing Peace! =)

Pbt Wani, pbt Zura, Pbt Aini dan L/kpl Firdaus.
Pbt Zura di Hari Jadi beliau 28 Ogos.. Selamat Hari Jadi! =)

Dari Kiri: L/kpl Qama, L/kpl Izza, Pbt Mas, Pbt Hidayah, Pbt Nonie,
Pbt Aini, Pbt Shuhadah..
Pbt Kamal, Pbt Naim, Pbt Azli dan Pbt Omar mengambil kesempatan
bergambar bersama sebagai kenangan.
Timbalan Komander (TK) yang baru sedang memberi ucapan
dan salam perkenalan. Beliau menggantikan tempat Lt Kol Alias Abu
Bakar yang telah posting ke Mindef.


"Selamat Menjalani Ibadah Puasa 

Di Malam - Malam Terakhir Ramadhan.."

Kad Pintar MyTentera - Pengganti Kad Pengenalan Tentera BAT C 10

Pengganti kad BAT C 10


KUALA LUMPUR 27 Ogos – Seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan kad pengenalan pintar, MyTentera berkuatkuasa Februari tahun depan.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin berkata, MyTentera akan menggantikan kad pengenalan BAT C 10 yang digunakan oleh ATM sejak tahun 60-an lagi.

“Penggunaan kad pintar ini akan membolehkan warga tentera memiliki akses dan integrasi yang sama seperti orang awam dalam apa jua rancangan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Pada masa yang sama, kecanggihan kad pintar ini juga mampu meningkatkan kualiti dan gaya hidup anggota tentera kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan, sama seperti yang terdapat dalam MyKad,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan pelancaran MyTentera di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Hadir sama ialah Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Hadi Hussin.

Menurut Azizan, penggunaan kad pengenalan pintar yang mempunyai ciri-ciri keselamatan dan teknologi biometrik terbaik itu bakal memberi imej baru kepada ATM sebagai agensi keselamatan negara.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, seramai 10,000 anggota tentera sudah membuat pendaftaran bagi menukar kad pengenalan BAT C 10 kepada MyTentera sejak sebulan lalu.

Katanya, bagi memastikan semua warga tentera menggunakan MyTentera menjelang Februari 2011, sebanyak 59 kaunter Jabatan Pendaftaran Negara akan dibuka di seluruh negara mulai esok.

Tuesday, August 24, 2010

Photo Post "Kami Telah Bersedia dan Bersedia Jua Menerima Kritikan"

Persembahan Istimewa 

Formasi Watadance AW UIAM



Persembahan Watadance UIAM MAFinACT '10 didemonstrasikan
untuk dikritik seterusnya untuk diperbaiki oleh anggota
pada latihan-latihan yang terakhir selepas Hari Raya Eidulfitri nanti.
Persembahan pada hari Selasa 24 Ogos 2010 yang lalu bukanlah yang terbaik.
Jadi masih ada ruang untuk peningkatan bagi kesemua pihak sama ada
peserta atau ahli jawatankuasa dalam memperbaiki kelemahan masing-masing
dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Do your best! Good Luck! AjaJa Fightin!
Do your best! Good Luck! AjaJa Fightin!
4 orang gadis dengan half loreng merangkap committee TOT
berehat setelah selesai membantu seorang skuad lelaki CCWT 1061
dengan pergerakan dan lirik kata watadance. (NA jeles la skuad.. haha)
Pbt Omar, Pbt Shah, L/kpl Najib dan L/kpl Firdaus memerhati dari jauh
latihan dikendalikan Pbt Umar.
Anggota non-skill merangkap committees MAFinACT '10.
Dari kiri, Pbt Mas, Pbt Wani, dan Pbt Aini melihat persiapan
anggota Watadance sebelum dipertontonkan kepada Lt Wan Rizaila.
Pbt Lina dan Pbt Huda manis berbaju kurung.. berhati-hati mereka
antara yang pakar dalam watadance. Buatlah yang terbaik anggota
watadance MAFinACT '10 sebelum mereka geram dan berwatadance
dengan baju2 kurung sekali..haha
Anggota CCWT 1062 mungkin mengenali Pbt Mokhtar kerana beliau
pernah mengendalikan anggota rekrut siri 1/2010. Beliau memberi komen
pergerakan Watadance seharusnya dilakukan dengan ganas.
Hentakan tangan dan kaki haruslah diangkat tinggi dan dijatuhkan
dengan perasaan geram supaya setiap pergerakan watadance dapat
menyampaikan mesej kepada para penonton nanti. Watadance bukan
setakat nyanyian ia adalah simbolik kepada perjuangan seorang AW.

Lt Wan Rizaila memerhatikan persembahan anggota watadance
sebelum menamatkan latihan dan menjemput semua anggota yang hadir untuk
menghadiri iftar di OR


Sunday, August 22, 2010

Download Wallpaper

Wallpaper Tentera




TD 1      <download>
TD 2      <download>
TD 3      <download>
TD 4      <download>
TD 5      <download>
TD 6      <download>
TD 7      <download>
TD 8      <download>
TD 9      <download>
TD 10    <download>
TD 11    <download>
TD 12    <download>
TD 13    <download>
TD 14    <download>
TD 15    <download>
TD 16    <download>

Download Lagu


Lagu Tentera



Lagu Tentera Darat                                   <download>
Lagu ATM                                                 <download>
Lagu Darah Satria                                        <download>
Lagu Hoi Kawan-kawan                             <download>
Lagu Seruan Tentera                                 <download>


Lagu Patriotik


Lagu 31 Ogos                                           <download>
Lagu Barisan Kita                                     <download>
Lagu Berjaya                                           <download>
Lagu Bersatu Menentu Kecapaian              <download>
Lagu Jalur Gemilang Versi Baru                 <download>
Lagu Kemegahan Negaraku                      <download>
Lagu Keranamu Malaysia                               <download>
Lagu Negara Kita Tanggungjawab Kita       <download>
Lagu Pahlawanku                                     <download>
Lagu Perwira                                           <download>
Lagu Putra Putri                                               <download>
Lagu Warisan                                          <download>
Lagu Wawasan 2020                                       <download>


Tutorial Berkenaan Blog Ini


Cara Meninggalkan "Comment" di Blog Ini.


Step 1: Pilih Name/URL
Step 2: Letak nama anda sahaja..dan tekan continue..
tunggu sebentar sehingga comment is published dan
anda selesai menghantar komen..


Cara Follow Blog ini

Step 1: Tekan Follow (Anda tidak perlu mempunyai blog sendiri
untuk menjadi follower..cuma perlu ada akaun yahoo/gmail)
Step 2: Tekan google atau yahoo
Step 3: Letak nama..Tekan Follow this blog. (Tekan Edit picture untuk letak gambar)
Step 4: Tekan Done



Cara Meletak Gambar Avatar di Ruangan Chat


Step 1: copy address
cth begini: http://img387.imageshack.us/img387/9877/sniper4tm4.gif
(pastikan ada http://.........gif atau .jpg)paste pada ruang e-mail/url.


Step 2: Taip mesej anda dan tekan go..
Siap!

Cara Mewarnakan Huruf Mesej di Ruangan Chat


[color=red] MAFinACT '10 [/color]
[color=green] 1 Nation 1 Action [/color]
code lain refer help diruangan chatbox..
contoh [b] huruf bold [/b]
[scroll] tulisan ini bergerak [/scroll]
[br] = jatuhkan cursor ke line seterusnya