CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, July 8, 2010

Ujian Kecergasan Asas - UKA

Ujian kecergasan di dalam Tentera Darat mula dikuatkuasakan pada 1 Jan 1984. Ujian ini merangkumi Ujian Kecergasan Asas (UKA) dan Ujian Kecergasan Jasmani (UKJ).

Objektif utama pelaksanaannya adalah untuk menilai dan mempertingkatkan tahap kecergasan jasmani anggota-anggota TD agar ia bersesuaian dengan keperluan penugasan untuk mencapai matlamat organisasi.

Menurut Pegawai Cawangan Jasmani Markas Latihan TD, Mej Radzlin Md Nasir, objektif yang ingin dicapai melalui pelaksanakaan UKA adalah untuk menilai tahap kecergasan semua anggota TD dan meningkatkan kecergasan anggota-anggota yang kurang cergas dan lemah serta membentuk sebuah pasukan yang mempunyai anggota sihat dan cergas serta mengekalkan tahap kecergasan pada sebilang masa.

“Ujian ini juga membantu pegawai memerintah atau pemerintah menilai tahap kecergasan anggota-anggota serta langkah-langkah untuk memperbaikinya serta melahirkan anggota-anggota yang tangkas dan tahan lasak semasa melaksanakan tugas,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.
UKA ini mengandungi dua komponen kecergasan yang kemudiannya dibahagikan kepada lima jenis ujian seperti berikut:

Komponen Pertama - Ujian Kekuatan, Kuasa dan Dayatahan Otot. Ujian ini bertujuan untuk mengukur nilai fungsi serta kekuatan otot seseorang anggota. Alat ukur yang digunakan bagi penilaian ini adalah
seperti berikut:

* Bangun Tubi
* Lompat Jauh Berdiri
* Gantung Bengkok Siku (Mendagu)
* Lari Ulang Alik

Komponen Kedua - Ujian Kardiovaskular. Ujian ini bertujuan untuk menilai keupayaan aerobik serta kemampuan pengambilan dan penyaluran oksigen seseorang. Alat ukur ujian yang digunakan ialah Ujian Lari 2.4 km endurance),” jelasnya.

Jenis-jenis Ujian. Berdasarkan kepada komponen-komponen di atas, UKA yang baru ini mengandungi lima jenis ujian seperti berikut:

* Ujian 1 - Bangun Tubi. Ujian untuk mengukur dayatahan otot (interior abdominal muscular strength and endurance.

* Ujian 2 - Lompat Jauh Berdiri. Ujian untuk mengukur kuasa otot bawah (lower limb extensor muscle power).

* Ujian 3 - Gantung Bengkok Siku (Mendagu). Ujian untuk mengukur kekuatan dan kuasa otot atas (upper limb muscular strength and endurance).

* Ujian 4 - Lari Ulang Alik - Ujian untuk mengukur kecekapan sistem tenaga dan kuasa kaki (measures aerobic energy system efficiency and leg power).

* Ujian 5 - Lari 2.4 km - Ujian untuk megukur keupayaan sistem kardiovaskular atau stamina dan dayatahan otot bawah )cardiorespiratory endurance

3 comments:

lin

Ujian no 5 tu dalam masa berapa minit?

Unknown

12 mnit

Unknown

Mendagu berapa kali pula?

Post a Comment

Tinggalkan sebarang komen disini, terima kasih.
(Sila guna nama sebenar anda ataupun nama yang boleh dikenali oleh kesemua anggota AW UIAM.)