Latihan Tempur Tanpa Senjata (TTS)






Latihan ini telah diusahakan oleh Pbt Umar Ismail (Biro Training of Trainers/TOT) untuk dipelajari oleh anggota-anggota Kelab Nadi@watan dengan mendapatkan bantuan tenaga pengajar daripada 6RRD seperti Sarjan Matu dan PW 1 Bala bersama penolongnya. Latihan promo telah diadakan sebanyak 2 kali dan antara lain latihan-latihan ini diadakan adalah untuk menarik lebih ramai anggota Nadi@watan supaya menyedari kepentingan mempunyai asas mempertahankan diri sebagai seorang askar sekiranya kita telah kehabisan peluru walaupun anggota hanyalah seorang Askar Wataniah. Dalam latihan ini lebih ramai anggota menyertai dan berlatih bersama maka lebih bersemangat seseorang itu untuk memaksimumkan ilmu-ilmu yang diajar. Untuk memaksimumkan kelebihan, kita perlu memastikan setiap anggota mempunyai kemahiran dan terlatih serta sentiasa bersedia pada asasnya bererti terlatih untuk berperang dan mempunyai mentaliti atau sikap bersedia menghadapi apa jua cabaran.









Salah satu ramuan untuk meningkatkan tahap setiap anggota perlu cekap dalam kemahiran asas bagi menghadapi perkara-perkara di luar jangkaan, kejayaan bukan sahaja bergantung kepada keupayaan kita untuk bertindak lebih pantas daripada pihak lawan, tetapi anggota-anggota yang terlatih sama ada secara individu atau berpasukan dan mempunyai keyakinan bahawa mereka telah menerima latihan yang terbaik serta cukup untuk menghadapi peperangan.











Latihan TTS adalah penting bagi melatih anggotanya untuk menghadapi peperangan yang akan datang tanpa mengetahui bila ianya akan berlaku, siapakah musuh yang dihadapi, di mana ianya akan berlaku atau dalam bentuk apakah peperangan. Latihan seperti ini dapat membentuk anggota supaya menjadi lasak, berani bertahan dan menyerang serta menguasai seni mempertahankan diri bagi melahirkan semangat keperwiraan dalam diri anggota dan mampu membentuk perkara-perkara seperti kekuatan jasmani, semangat setia kawan, keyakinan dan keberanian, kesopanan, mengawal diri, pantang undur, menyerlah, kesetiaan kepada negara dan agama.